Isnin, 8 Ogos 2016

.CIK SITI WAN KEMBANG





CIK SITI WAN KEMBANG

Rakyatmu
Terlalu biasa
Dengan memuja bulan
Dan bermain dengan banjir

Rakyatmu
Dan negerimu
Banyak sekolah pondok
Tempat perkembagan agama.

Rakyatmu
Terlalu ramai
Orang perempuan niaga
Penuh sesak di Pasar Khatijah.

Rakyatmu
Dan negerimu
Terkenal juga dengan
Ejen  maksiat dan penyeludupan,


Oleh : Pena Runcing
Catatan jam 7 50 pagi
Hari Sabtu  30hb Julai, 2016.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Puisi lahir dari kata-kata seorang sahabat di negeri cik siti wan kembang sendiri. Katanya : Kelantan ini negeri yang kuat agama No 1 dan kuat maksiat juga No 1 .... serba jadi ...