Sabtu, 24 Disember 2016

TEMAN SEBAYAKU TELAH PUN KEMBALI






TEMAN SEBAYAKU TELAH PUN KEMBALI


Ramai teman sebayaku
Telah pun kembali ke pangkuan Ilahi
Dahulu sama pergi ke sekolah menuntut ilmu
Daripada  darjah satu hingga ke darjah lima dan enam.

Kekadang aku selalu sakit
Mereka yang memapah aku pulang
Leman, Awang, Abbas, Othman dan Mat Isa
Tanpa mengenal jemu membantu aku  di serang asma.

Kini mereka semua tiada lagi
Mungkin Awang yang tinggal di Johor
Belum aku tahu berita kehidupan sehariannya
Mungkin bertambah senang merantau di negeri orang.

Aku yang tinggal di Mutiara
Kini sudah pun berada di hujung senja
Sering menghitung hari dalam usia kehidupan
Malam hari sering dipermainkan oleh mimpi bertaburan.


Oleh  Tinta Azimat
Catatan jam 6.20 petang
Rabu  Tanggal 21hb Disember 2016.

Tiada ulasan: