Jumaat, 23 Disember 2016

KERUGIAN DI KALANGAN MANUSIA YANG KUPUR









KERUGIAN DI KALANGAN MANUSIA  YANG KUPUR


Allah S.W.T menjelaskan
Bagaimana di kalangan manusia
Mereka yang kufur kerana tidak bersyukur
Kerana keingkaran mereka adanya hari kebangkitan
Mereka menyangka kemampuan Allah itu sama makhluk lemah.

Mereka mahu menolak
Kerana tidak logik  pada fikiran
Mana mungkin manusia yang telah pun mati itu
Boleh hidup dan di bangkitkan kembali untuk bertemu
Sebenarnya mereka kufur dan takut hukuman dari Allah S.W.T.

Kehidupan manusia ini
Bagaikan sarang labah-labah
Sekadar boleh menangkap agas dan nyamuk
Bila bertemu dengan haiwan yang lebih besar akan pecah
Ternyata undang-undang makhluk tidak boleh sama kekuasaan Allah.


Oleh Pena Runcing
Catatan jam 7.55 pagi
Khamis Tanggal 22hb Disember 2016.


1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

SEMBANG PAGI NGIRUP SECAWAN KOPI (TT)
Assalamualaikum rerakan Fb!

BILA MAK BAPAK MATI ANAK PELUK TUBUH SAJA

Bila anak-anak terlalu sebuk dengan kerja seharian setelah tamat di pengajian tinggi pegang jawatan tinggi bergaji besar hidup mereka mengejar kekayaan dunia hingga lupa buat persediaan bila mak dan bapak mereka meninggal dunia , mereka hanya mampu berpeluk tubuh sahaja tidak mampu untuk menjamah tubuh mak bapak mereka itu seperti bagi mandi mayat berdoa dan sebagainya . Apa yang mereka mampu mengupah menyalanggarakan urusan Mayat . dengan harga kontrak cara kebumi mayat RM2,000. RM3,000 atau RM5,000 . Semua main upah AJK masjid atau surau sahaja.

Begitulah kata seorang Pak ustaz dalam ceramah bebasnya .