Jumaat, 23 Disember 2016

TUKANG SAPU






TUKANG SAPU

Kami cuma pekerja
Sebagai tukang sapu di flat ini
Mengapa mesti marah-marah kepada kami?

Adakah kalian bayar
Wang kutipan setiap bulanan
Mengapa mesti liat dan susah membayarnya?

Kita penduduk di sini
Sebagai satu kelumpuk di flat
Kenapa tidak puas hati kepada tukang sapu?

Adakah penyalarasan
Kurang memuaskan tidak adil
Masih terdapat kekotoran sampah bersepah?

Maafkan lah kami ini
Sekadar pekerja kontrak saja
Soal pengurusan tanyalah kepada pengajurnya?


Oleh Pena Utara
Catatan jam 9.00 pagi
Selasa Tanggal 20hb Disember 2016.


1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

SEMBANG PAGI NGIRUP SECAWAN KOPI (TT)
Assalamualaikum rerakan Fb!


CERITA TUKANG SAPU

Awat depa duk buat karut ? Depa ingat semua tukang sapu ini kuli semata . Tak ingat nak buat kerja lain. Tak ingat dosa pahala , tak ada anak bini , depa buat kerja ini dikira ibadat , jangan lah marah depa tak tentu arah . Depa Cuma ambil upah . Kalau hampa duk kata tak puas hati Flat masih kotor dan sampah banyak berselerak , Ajar anak -anak hampa jangan duk buang sampah merata tempat. Kalau nak bela kucing ajar dia nak buang najis dekat mana ? Haru nak matrah Tukang Sapu ? Tak mahu bayar kutipan duit bulanan buat menyengaraan. Habis tukang sapu tak usah makan? HARU…