Isnin, 15 April 2019

DULU KAMILAH PEMBAWA PANAH





DULU KAMI LAH PEMBAWA PANAH

Jika Atok seorang wira
Kami lah pengiring yang setia
Membawa panah , kuda dan mengiringinya
Kami sanggup tergadai nyawa asalkan Atok terus berkuasa.

Tetapi hari ini tiada lagi
Semangat juang telah  hilang
Bagaikan telah dilanda tiupan angin petang
Panah dan kuda tiada lagi di sisi semuanya telah dimusnahkan.

Kerana rasa kekecewaan
Cukup sakit dan tenat dialami
Luka parah di hati ini bukannya sedikit
Setelah Atok berjaya berkuasa kembali Atok lupa segala janji?

Pecacatat puisi. Pena Runcing
Dulu kami memuja idola
Kini patah hati terus kecewa .
Tarikh: 31hb Mac 2019.

Tiada ulasan: