Isnin, 29 April 2019

TIGA PARTI MELAYU BAGAIKAN DAUN DENDALU



 

TIGA PARTI MELAYU BAGAIKAN DAUN DENDALU 
                                 
Di pohon rendang itu
Ada tiga parti Melayu daun dendalu
Turun sama merimbun dan merendangkan pepohon
Tetapi sayang tidak boleh melanggar reranting dan dedahan yang merentang
Sekadar cuma boleh jadi perhiasan bagaikan sebuah Boneka Patung dan Tok Pekong sahaja.

Apa yang perlu lagi ?
Kita bangga kan di pepohon rendang itu ?
Kalau kita cuma sekadar berkongsi kerjasama sahaja
Bagi usaha mencantikkan pepohon rendang selama ini sudah dikenali dihormati
Tetapi kali ini tiga parti melayu sepakat di pohon rendang ini tidak boleh lagi bersuara tinggi.

Biar dunia ketahui?
Sebatang pohon rendang dan hijau ini?
Bukan lagi seperti dahulu yang dikuasai parti orang melayu
Kini mereka kena akur , taat dan patuh pepohon rendang ini tempat menumpang
Bukan lagi seperti dahulu mereka boleh berkuasa dari akar tunjang hingga ke pucuk muda ?

Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 6 ptg
Tarikh Selasa 9hb April 2019.

Tiada ulasan: