Jumaat, 26 April 2019

NIKMAT ISLAM DAN IMAN

 


NIKMAT ISLAM DAN IMAN

Allah telah pun
memberikan kepada kita
Dua anugerah yang amat besar
ia itu nikmat Islam dan nikmat keimanan
Justeru itu kekalkan lah keimanan dan keislaman kita
Sebagai satu perjalanan dan panduan hidup di dunia fana ini.

Islam kita anut
Sebagai pewaris kehidupan
Jangan sekali berubah pegangagan
Kerana ibadat mati  hidup kita kerana Allah
Teguhkan lah keimanan dan ketakwaan kita kepada Nya
Semoga kita akan terselamat di dunia dan di hari akhirat nanti.

Perlu kita ingat
agama Islam yang dianuti
Bukan harta warisan ibu bapa Islam
Tetapi satu pegangan tauhid kepada Allah
Melayari kehidupan di dunia yang penuh pancaroba ini.
Semoga terus kekal berterusan sehingga ke akhir hayat kita.

Oleh: Admin Muda,
Catatan jam 6.50 pagi
Tarikh Khamis 4hb April 2019.

Tiada ulasan: