Jumaat, 5 April 2019

PENGAJARAN PADA KEGANASAN





PENGAJARAN PADA KEGANASAN
Buat PM ke 11 Israel
                         
Seorang manusia bernama Ariel Sharon
Lapan tahun dalam penyeksaan di dunia
Sebagai pengajaran membalas kekejaman
sengsara  di dunia  belum lagi di akhirat nanti .
Sesungguhnya Allah S.W.T itu tidak buta dan tuli.

Bila kau dilantik menjadi ketua dalam perang
Lantas kau melakukan apa sahaja kekejaman
Penduduk Islam menjadi mangsa buruanmu
Tanah dan harta mereka kau rampas dan tawan
Melakukan pembunuhan mengikut hawa nafsumu

Kini sejarah tercatat dalam diari kehidupan
Tragedi  kejam buat penghuni di bumi Plastien
Kini kezaliman dan kerangkusannya telah tamat
setelah sengsara  menerima balasan daripada  Allah
Sebagai pengajaran buat seorang ketua pemerintah.

Oleh:  Paman kami
Catatan pagi Ahad 11hb Januari 2014.
Gambar Cuma hiasan .

Tiada ulasan: