Isnin, 15 April 2019

WARNA YANG DITEMPAH





WARNA YANG DITEMPAH 

Pertengahan tahun 2018
Kita telah memilih warna yang ditempah
Konon ingin mencorakkan warna
Dalam kehidupan kebebasan kita sendiri
Kini kita menerima warna yang ditempah
kian cemas dan mengharubirukan
Sebuah negara yang berteraskan
syariat Islamiah agama addin.
kini bertukar menjadi Islam leberal.

Kejatuhan kota Andalusia
Kejatuhan kadoba kerajaan Andalusia ?
Lenyap lah Syiar Islam bila azan baca Quran
tidak lagi dibenarkan kumandang
Kini hanya tinggal kenangan
sejarah kegemilangan syiar Islam
Menangis lah segala pintu tiang masjid
dan member tempat khatib berkhutebah
hilang lah pesan yang kita terima setiap minggu.
Bertambah jauh lah kita umat Islam
Untuk mendapat nasihat bermunafaat.

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 5.50 pagi
Sabtu 10hb November 2018.

Tiada ulasan: