Isnin, 29 April 2019

JANGAN IKUT JEJAK LANGKAH SYAITAN







JANGAN  IKUT JEJAK LANGKAH SYAITAN 

Mereka  AsSyui itu
Gemar mengikut hasutan syaitan
Cuba menentang apa sahaja yang diperintah Allah
Sesungguhnya mereka itu adalah jahil dan  bodoh yang melampau
Hidup sekadar mengikut kemahuan hawa nafsu sdatuk nenek moyang mereka.

Sedangkan zaman itu
Sudah berlalu tidak perlu lagi diikuti
Kerana mereka tidak dapat petunjuk dari Allah
Kini semua larangan telah pun diketahui dan ada wahyu Allah S.W.T.
Kerana telah dihantarnya utusan rasul dan nabi untuk rujukan hidup seharian kita ini.

Justeru kena faham
Jangan jadi pengikut membabi buta
Ikut lah mereka ada dalil dan hujah yang nyata
Kerana Allah memberi jaminan bertanya lah kepada yang mengetahui
Sesungguhnya jangan terus menjadi syirik dan buruk melingkari hidup kita selamanya.

Sesungguhnya mereka
seperti orang memanggil binatang
Tidak mahu pula datang untuk diberi makanan
Maka jadilah mereka orang yang  kekal dalam kejahilan yang berterusan
Setelah Allah S.W.T mengutus kan rasul-rasulnya untuk memberi tahu tidak dihiraukannya

Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 6 ptg 
Tarikh Rabu  10hb April 2019.



Tiada ulasan: