Isnin, 25 April 2022

ADA SATU MALAM YANG KUCARI

 


1.ADA SATU MALAM YANG KUCARI
 
Ada satu malam yang kucari
Dalam letih lesu puasaku Dibawah restumu ramadan
Aku bangun di hujung malam Bersimpuh memanjat doa
Mencari malam seribu bulan
 
Semoga  berkatilah hidupku ini
bagai kembara dibumi gersang berikanlah  taufik dan hidayah
bersama para syuhada dan solehin kerana rindu tiada batasan ini
mengamit paggilan ke pintu syurga
 
Dimana Janatul Naim dan Makwa
Benarkan aku melepas dahaga Setitik air di telaga al kausyar
Semoga di akhir ramadan ini Semoga dapat bertemu  kembali
Di bulan ramadan di tahun depan.
 

Oleh; Nurimanja,
BBPTK .  Pulau Mutiara, 4hb, September, 2009,

Tiada ulasan: