Isnin, 25 April 2022

BERGEMA TAKBIR RAYA

 




BERGEMA TAKBIR RAYA 
-buat yang jauh diseberang -Bergema takbir  aidil fitri,
 
Membelah kediginan malam sepi
Memuji- muji  namamu illahi Kerana esok ada pesta kejayaan
buat pengorbanan ibadat sebulan.
 
-Bergema takbir aidil fitri,
Ada anak bulan di atas pusara Dari celah ranting puding kering
Terdengar suara  sendu dan sayu Tangisi seorang anak kelangan ibu.
 
-Bergema takbir aidil fitri,
alunannya suara melewati kamarSenyumku cuma bagai dipaksa
Kerana hatiku  sedih dibuai resah Terkenang ayah bonda sanak saudara
Sedangkan badan jauh di rantau orang,
 
Oleh; Nurimanja,
Laut Cina Selatan, Siar Berneou Post, Julai 1981


Tiada ulasan: