Selasa, 15 September 2015

MENGAPA KITA MESTI BERTELAGAH?






BIL 70. MENGAPA KITA MESTI BERTELAGAH?
Sempena hari Malaysia

Mengapa kita mesti ada bertelagah sesama kita rakyat 1 Malaysia?
Sedangkan kita hidup di bawah payung negara telah pun merdeka
Jika kita senang sesama dirasa, jika kita susah sesama tanggung derita
Jikalau hati gajah sesama kita dilapah jika hati kuman sesama dicecah
Mengapa mesti timbul sengketa ingin menjatuhkan kerajaan yang ada?
Apakah kita selama ini hidup susah sengsara tidak makan tidak bekerja?

Di mana semangat patriotik kita selama ini cintakan negara Malaysia?
Di mana hilangnya pula maruah jati diri untuk menjaga nama Negara?
Di mana rasa perpaduan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama?
Di mana janji taat setia di mana bumi dipijak dan di situ langit di junjung?
Di mana sikap hormat menghormati selama ini menjadi kebanggaan kita?
Di mana dasar demokrasi berparlimen jika kita sendiri melanggarkannya?

Kehilangan budaya sikap bertolak ansur, suka menghasut fitnah dan tohmah
Menjadikan kita semua hilang pegangan dan boleh musnah segala-galanya
Jadi berwaspada lah dan hentikan lah sikap hasad dengki, dendam dan ugutan
Kerana demonkerasi yang kita bina selama ini tidak akan kekal selamanya
Jika kita sesama kita 1 Malaysia hidup dalam berbagai kaum bangsa dan agama
Telah jauh daripada apa yang diharapkan oleh pemimpin terdahulu tidak dilaksana.

Oleh: Nuri manja,
Catatan 15 September 2015
Jam 5.45 petang Selasa


5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Bila pemerentah gagal mengatasi hasutan, putar belit fakta tohmah dan fitnah terus bermaharajalela sehingga terus menguasai keadaan beginilah jadinya !

nurimanja49@gmail.com berkata...

Harap pertemuan org kita HMB demi bangsa melayu dan negara tercinta ikhlas dari hati dan jiwa raga bukan kerana ada habuan dan ganjaran atau desakan mana parti . Kalau budaya ada himpunan ada ganjaran dan habuan matlamat sebenar tidak akan kemana sudahnya ...

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kalaulah begini keadaannya bangsa melayu beragama Islam , asyik main tohmah dan fitnah, jatuh , cantas dan sebagainya ,sukar bagi bangsa kita menjadi tauladan yang baik kepada bangsa lain di dunia . Walaupun kata Hang Tuah melayu tak hilang di dunia.

nurimanja49@gmail.com berkata...


4 Angaplah HMHR bukan perhimpunan mana-mana parti . demi menegak kebenaran utk rakyat 1 Malaysia . Tetapi jika mereka mana-mana ahli parti ingin menyertainya tidak ada masalah...

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sepatutnya Esok Matan Tun DR M perlu turun dan turut serta dalam HMHR ini utk memberi keyakinan kpd ahli UMNO bawaha beliau selama ini telah terjebak dan termakan hasutan smengelirukan sehingga dia tersasar dibuatnya.menjadikan rakyat boleh benci dan meluat.