Selasa, 29 September 2015

MELIHAT KETUAAN ATUK NENEK MENJADIKAN KITA LETIH







 MELIHAT KETUAAN ATUK NENEK MENJADIKAN KITA LETIH


Beginilah keadaannya bila seorang telah tua di mamah usia
Berjalan , duduk, bergerak semuanya tidak seimbang lagi
Bergerak sedikit mengaduh urat tulang sendi ketat rasanya
Bila malam tidur mimpi berselerak banyak jaga dari lenanya
Betapa pun kita masih muda sepatutnya insaf dan bersedia
Banyak suka duka yang mereka tanggung dalam kehidupan ini
Bembina keluarga yang bahagia di dunia ini dan akhirat nanti
Bersama usia yang tinggal sedikit ini hati mudah tersinggung
Berharap anak cucu dan menantu sedia faham jagailah mereka
Bila berusia hidup umpama daun kelapa menanti masa jatuh lah
Berbanyak lah bersabar dan berastaffar berzikir dan bertahmin
Berharap perjalanan pula diredhai di dunia dan akhirat nanti
Berdoa lah kita sebagai anak cucu agar atuk selalu sejahtera
Biar pun hidup kita di dunia fana ini penuh dengan pancararoba
Bersyukur dan berdoa lah agar atuk nenek kita dapat diredhai
Berjaya masuk ke syurga Allah S.W.T dengan tenang dan damai .


Oleh: Nuri manja
Catatan Pagi Ahad jam 5.50
Bersamaan tanggal 20 /9/2015.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Maaf semua gambar yg tersiar dalam blogh ini cuma hiasan sahaja . Harap maklum.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Orang tua sama seperti Al Quran yang buruk kata ibu ku nak buang tak boleh nak jual orang tak mahu melain nak bakar tak sampai hati.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kalau tidak ada orang tua , kanak2 dan haiwan serangga yang merayap di muka bumi ini Allah tidak akan menurunkan hujan.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Tetapi hari ini Ada org tua di hantar rumah kebajikan, anak2 kecil baby dimasukkan ke dalam tong sampah, atau longgokkan sampah, ada serangga kecil d racunnya pula oleh petani dan peladang , Bagaimana Allah tidak murka?

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kini bila berlaku kabus kemarau , cuaca kering dan panas janganlah mengeloh , muhasabahlah diri kenapa jadi begini?

Kini banyak pokok hutan di tebang dan bukit gunung di tarah dan korek ikut suka hati . Bila alam jamadad marah banjir besar berlaku ...Salah manusia ditimpa kembali musibah kepada manusdia.