Selasa, 1 September 2015

TERKENANG WAKTU SAMBUT MERDEKA







TERKENANG WAKTU  SAMBUT MERDEKA

Tanggal 1957,
Aku dalam Kelas darjah satu,
Pertama kali ikut serta sambut merdeka,
Aku pakai  baju melayu  songkok tinggi saiz besar
ikut arahan cikgu Rafeah bawa bendera batang buluh saja
sambil  berarak kami bernyanyi bertempek sorak sebut merdeka.


Tetiba hujan ,
Hujan Turun lebat dan mencurah
Tubuh basah kuyup bila tiba di padang sekolah
Aku budak kurus Kain samping sering  saja terlondeh
Kami kena buat perbarisan sambil berdiri di tengah padang
Sebelum bersurai diberi minum ais bandung satu tempayan disediakan.

Aku anak kecil,
tidak mahu minum ais bandung sejuk
waktu ada pembesar bagi ceramah kemerdekaan
kami cuma kanak-kanak  kecil Peduli apa pada syarahan
Duduk di belakang khemah main lompat-lompat  tadah air hujan .
Walaupun badan sejak dan menggil kesejukan tetap gembira sambut merdeka.


Oleh; Nuri manja,
Catatan SK. Matang Gerdu,
Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan
31hb Ogos, 1957. Siar semula 31 Ogos 2015.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Begitulah kisah memori Pamanku menyambut merdeka, buat kali pertama dalam hidupnya. Sebelum itu katanya negara kita Semenanjung Tanah melayu ini sering saja bertukar tangan pada penjajah . Begitu terseksa kehidupan kita bila berada di bawah kekuasaan penjajah.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sewaktu kami mengajar di salah sebuah sekolah di Pulau Pinang , agak berani dan mengejutkan , Bila kami mengatakan kamu semua tahu, negara kita ini dulu Malaya kemudian di tukar nama Malaysia pernah di jajah oleh orang luar . Seperti kerajaan Indonesia ,Siam, Belanda, Pertuges,
Inggeris, Jepun , komunis bintang tiga.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Tetiba ada seorang budak perempuan memekek dari belakang dan bangun berkata " Cikgu Pembohongggg! mana ada kita dijajah ?" Dengan tenang
juga kami menjawab. "Balik tanya ibu kamu ? Sebab ibu kamu juga seorang guru kan ?".

nurimanja49@gmail.com berkata...

Esok pagi-pagi lagi sewaktu masuk ke kelas, murid perempuan tersebut datang meminta maaf , katanya benar ibu saya kata seperti mana cikgu katakan."

nurimanja49@gmail.com berkata...

Apa yang penting, Jabatan pendidikan perlu mencerahkan pengetahun sejara ini kepada murid genarasi Y atau baru ini, kerana mereka buta sejarah, mereka musdah dihasut dan dicelarukan minda mereka oleh sesiapa sahaja yang ada berkepentingan .