Khamis, 3 September 2015

SUAMI DI ATAS KERTAS





SUAMI DI ATAS KERTAS


Hari ini ramai aku lihat
suami cuma di atas kertas
pada zahir nampak macam mesra
tapi pada hakikatnya sentiasa merana.

Si isteri lebih menguasai
Apa kata si isteri ikut sahaja
Disuruh duduk si suami pun duduk
Semacam tunduk patuh mengikut telunjuk.

Durhakakah isteri macam ini?
Kerana keluarga isteri orang berada
Tetapi dia lupa tanggung jawab sebenarnya
Kerana pangkat dan kedudukan si suami terinaya.
                                               

Catatan Oleh: Nuri Manja,
Tanggal 19 Ogos 2015 .
Rabu 3.15  petang.        


5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Puisi pagi ini bertajuk SUAMI DI ATAS KERTAS


Al maklum sebelum kita berkawin kita telah pun mengakat ijab dan kabul, kemudian di beri sadikit khutebah , kemudian tanda tangan berjanji di hadapan tok Khadi dan dengan Allah SWT juga

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kita berjanji kena memberi nafkah zahir dan batin , jika diabaikan lebih daripada tiga bulan maka kita boleh di dakwa , kecuali si isteri yang melakukan kemungkaran terhadap si Suami.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Tetapi hari ini dan zaman ini agak berbeza keadaannya, ramai si isteri berkedudukan lebih tinggi daripada si Suami . contohnya: isteri anak org berharta , isteri jadi boss di pejabat dan lain lagi.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Jadi soal di atas kertas nampak sungguh suami begitu beretanggung jawab
dan tinggi mutabatnya. Tetapi apa sudah jadi ? seperti dalam gambar yg dipinjamkan utk hiasanb sahaja. walaupun bukan semua terutama yg ada pendidikan agama .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Jadi tidak hairan bila sang suami yang mungkin rasa tertekan , maka terjadi perberantakan, rumah tangga terombang ambik, paling tidak disukai Allah yang halal terpaksa dilalukan jatuh talak 1, 2, atau 3 dengan kata lain perceraian akhirnya.