Rabu, 9 September 2015

DRAMA BERSIRI BERULANG LAGI






DRAMA BERSIRI BERULANG LAGI


Sungguh hebat dan mempersonakan,
Bila drama bersiri masih berulang lagi
Malah beberapa pelakon baru telah diundang
Termasuk watak veteran yang sukar dipercayai
Begitulah liciknya pengarah drama bersiri kali ini

Pada mulanya ramai juga penonton kita jadi panik
Bila pementasan bermula dengan tema yang agak sama
Cuma adegan Tohmah dan fitnah dikurangkan sikit
Tetapi di ketengahkan agenda yang baru lebih berkesan
Iaitu dengan menghasut,menukar fakta dan beradu domba

Ramai juga penonton dalam dan luar negara
Kaget dan mempercayai drama bersiri kali ini hebat
Sehingga ada tokoh yang telah terperangkap dan terjerat
Kerana mudah mempercayai lakonan hasutan yang mengelirukan
Kini watak dan skrip asal telah diketahui umum drama tidak menjadi.


Oleh: Pena Runcing,
Catatan petang hari Selasa
Jam 4.20 ptg . Tanggal 8 September 2015


5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

RENUNGAN

Apa yang pelik dan menyakitkan hati ! Bersih Cekap dan Amanah sudah pun diamalkan zaman Tun Dr M dulu. Tetapi kini sudah terbalik pula . Bersih hendak dikotorkan, Cekap udah jadi lembab ,Amanah yang diharapkan ada juga nak jadi Pengkianat pula pada Negara ... Harubiru dibuatnya.,

OLEH: GELETEK PETANG

nurimanja49@gmail.com berkata...


4. Fakta (1), sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat dan kekal stabil. Kadar pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2008 adalah 4.8%, 2009 (-1.5%), 2010 (7.4%), 2011 (5.2%), 2012 (5.6%), 2013 (4.7%), 2014 (6.0%) dan 2015 (4.9% - terbaru). Dari segi perbandingan antara negara pula, kadar pertumbuhan ekonomi AS adalah pada 2.7%, China 7%, Jepun 0.7%, Thailand 2.8%, Indonesia 4.67%, Australia 2%, New Zealand 2.6%, Korea Selatan 2.2%, India 7%, Italy 0.7%, Jerman 1.6% dan Singapura 1.8%.

nurimanja49@gmail.com berkata...

7. Fakta (4), jika Tun M mendakwa GST menjadi faktor peningkatan kos sara hidup, maka sudah tentu rakyat di negara lain yang mempunyai kadar GST yang lebih tinggi akan lebih terbeban. Kadar GST di Malaysia hanya 6%, sedangkan di Thailand (7%), Indonesia (10%), Singapura (7%), Korea Selatan (10%), India (12.36%), China (17%), Australia (10%) dan New Zealand (15%).

nurimanja49@gmail.com berkata...


9. Fakta (6), sejak Najib menjadi Perdana Menteri, biarpun jumlah hutang negara meningkat kerana Hutang Negara diberikan takrifan baru oleh IMF, namun usaha untuk mengurangkan hutang telah dilaksanakan dengan lebih bersungguh-sungguh dan konsisten. Defisit perbelanjaan tahunan menurun sejak Najib mengambil alih pentadbiran, iaitu dari 6.7% pada tahun 2009, kepada 5.4% (2010), seterusnya 4.8% (2011), 4.5% (2012), 3.9% (2013), 3.5% (2014) dan dalam bajet 2015, 3.0%, tetapi dinaikkan sedikit kpd 3.2% akibat penurunan harga minyak dunia dan bencana banjir besar.

nurimanja49@gmail.com berkata...

SEDUTAN FAKTA DI ATAS PERLU DIKETAHUI.

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

Oleh: SMAB