Sabtu, 3 Oktober 2015

ILHAM ITU BAGAIKAN KURNIAAN ALLAH




84, ILHAM ITU BAGAIKAN KURNIAAN ALLAH


Ilham itu datang bagaikan kurniaan Allah
Tidak diundang tidak akan datang dengan mudah
Jika kita tidak nampak sesuatu permasalahan
dalam perjalanan kehidupan kita seharian
Biasanya aku  mula berfikir dan mencari sebab
Walaupun aku menulis bukan kerana nama
Sekadar suka-suka mengisi usia meniti senja
Apa yang aku tulis bila ilham itu telah datang
Lantas  mengajak aku untuk menulis melahirkannya
Sebuah puisi aku sendiri tidak tahu di mana puitisnya?

Kekadang berbulan dan bertahun lamanya
Bila Ilham itu datang aku gagal melahirkannya
Bukan lah sesuatu yang mudah bagi kita mencatat
setiap ilham yang datang secara mendadak atau pelahan
ada juga yang datang tidak tentu masa dan keadaannya
Kekadang sedang membaca akhbar atau mendengar radio
Atau pun menonton Tv atau melihat peristiwa di depan mata
Bila kita gagal mencatat terasa terlepas satu peluang
Untuk menunggu peluang yang kedua entah bila masa
Ilham yang Allah S.W.T kurnia kan bukan untuk semua orang.

Oleh: Nuri manja
Catatan jam 7.30 pagi
Jumaat 2hb September 2015

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ilham yang datang bukan satu cerita yang sia-sia terutama buat seorang yang berjiwa perasa , pasti dia akan mencatat utk dijadikan puisi atau cerita buat pengajaran kpd org lain pula .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kalau nabi dan para rasul menerima wahyu Allah . tetapi bagi seorang penulis cukup memadai menerima ihlam yg didatangi drp Allah SWT juga.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ilham ini ada dua kedatangan ikut niat hati dan nawaitu kita jika ilham baik pasti banyak kebaikkan dan pengajaran buat si penulis melakarkannya .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kalai ilham yang jahat dan buruk itu pastinya dari hasutan syaitan dan iblis demi untuk merosakkan kita di kemudian hari, walaupun tidak di catat mungkin dilakukan dalam perbuatan .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Justeru itu sebagai seorang pencatat Ilham pilihlah yang terbaik untuk dikenang jg mencatata Ilham yang buruk dan jahat drp hasutan syaitan . Wallahuaklam.