Jumaat, 16 Oktober 2015

BEBASKAN MINDA ANDA DARI RUANG NAN SEMPIT




95. BEBASKAN MINDA ANDA DARI RUANG YANG SEMPIT

Bebaskan lah minda anda dari ruang yang sempit
Kerana dunia ini luas mengapa mesti berfikiran negatif
Carilah sesuatu yang telus benar luhur dan positif
Jangan biarkan minda anda selamanya terus dicelarukan
Sehingga anda terus terkurung di ruang yang  sempit .

Tapis dulu sesuatu berita yang kita terima biarlah sahih
Bukannya retorik atau propaganda berbau sentimen sahaja
Walaupun kita seorang yang bergelar Propfeser media
Minda kita adalah anugerah Allah S.W.T yang tinggi nilainya
Jadi bebaskan lah minda anda melihat dunia luar dan nyata.

Bukan dibiarkan terus terkurung dalam kepompong hasutan
Dengan dunia hasad dengki, tohmah fitnah dan beradu domba
Kerana hidup kita  perlulah berpandukan Al Quran dan sunah
Sebaiknya Jangan terus menghukum tanpa bukti kesahihan
Menjadikan minda kita terus terkurung di ruang yang sempit.


Oleh: Nuri manja,
Catatan lepas solat Jumaat
Tanggal 16 Oktober 2015/ 1437H.

30 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ada 4 org layah ke pusingan ke 3

1.Penyair Agong
2.M. Hassan
3.Hero Kampung
4.Adiwira Angkasa

Makasih!
Selamat Datang Sdra Zainal Ariffen ke Blog Citrara Nurimanja.

Pak Kassim berkata...



ANGIN BAGAIKAN BERZIKIR

angin bagaikan berZikir dan bertalkin
disambut wirid daun-daun
terjuntai didahan kehidupan
tanah basah bagai bertasbih dalam lunak
kerdil membilang namaNya
berulang-ulang dalam senyap
khusyuk di laman fana sebuah perjalanan
Saat kaki mengatur dalam sepoi angin
berbahasa syahadah kuziarahi sekebun agung
mengakrabkan cinta sang tetamu
tatkala tidak terhitung
lirik nurani bermunajat
tika lidah masih mengkhatam doa

Pak Kassim
sajak simbolik kehidupan
sungai petani

Geletek Malam berkata...


PENDUSTA

Agama di kepala bangsa di dada
sakit teriak tangis di panggung tragis
pentas makin terbuka
di tangan onar petualang
wayang sekarang rancak berpesta
dalang bertukar menjadi pendusta demokrasi
cendekiaan kini kian hilang seri
Di manakah penjuang-pejuang
tunjuk muka keluar bertempur
buka mulut khabarkan berita sahih
kebenaran itu jangan diperkosa
jangan biar bangsa kita musnah
durjana ini kian berani
jika kita masih berdiam
kita akan pecah punah ranah
tulis hakikat sejarah silam dan sebarkan
pegang kitab suci fahami sirah.
biar hidup bermaruah dari mati dijajah

Geletek Malam
sajak sambungan sebelum ni psl perjuangan melayu
bukit aman

Sarjan Husin berkata...



AKU KEMBALI PADAMU

Aku kembali padaMu
dengan secebis doa kutadahkan
Mengharap petunjuk dariMu
Dengan sekeping hati kuhadiahkan
Tulus memohon kepadaMu
Aku yg khilaf ini masih perlukanMu
Di saat duka maupun bahagia
Aku bersujud atas sajadahMu
Bersama deraian kilauan kaca
Ku bermohon ampun padaMu
Atas segala silapku
Selama aku menjadi hambaMu
Di muka dunia yg fana..

Sarjan Hussin
sajak ketuhanan
3 pagi selepas selesai sembahyang hadiah

Saizul Maizav berkata...



BERDIRI DI ATAS SATU TIANG

ketika ini aku sedang berdiri diatas tiang
bingung mahu ke kiri atau kanan?
adakah mahu ke depan atau kebelakang?
aku mendongak ke langit
tapi hati masih lagi mahu ke tanah
aku berdiri kaku bagaikan bendera tiada angin
aku cuba melangkah kehadapan
aku takut jatuh terus menjunam
aku cuba undur takut terseliuh
jadi kini aku hanya berdiri tegak
dia atas satu tiang
di tengah hamparan luas terbentang luas
di tengah padang pasir
cuma aku sendiri tiada yang lain
aku tetap terus berdiri hingga ke hari ini

saizul maizav
Air Itam 9 pagi
sajak dalam dilema membuat keputusan
sama ada mahu berpindah ke balik pulau semula dan buat kerja kampung
atau tinggal di air itam terus kerja kilang

Pahlawan Terbilang berkata...


JANGAN LEPASKAN JEMARIMU



Jangan lepaskan jemarimu
daripada merindukan takdir
usaplah rerambutmu dengan manis senyuman
kala jasad itu berada di kaki langit
kesal pada suatu Subuh gerimis itu
yang menyembunyikan rahsia.
Pagi itu semuanya beku
laksana air di kutub
hidup mengatur nafas dengan lidah kelu
hanya bayangan yang tinggal
bersama suara lunak merdu.

Pahlawan terbilang
sajak simbolik kehidupan
11mac 2015

Lagenda Pulau berkata...


MUDAH REPUT

Pagi itu semuanya masih terkedu
mulut membisu daripada lamunan itu.
Bertanya lagi soalan dan jawapan
agar pagi itu tidak sejuk membeku
matahari itu tidak mahu lagi muncul di situ.
Sejenak mengingat melihat dengan fikiran jernih
KuasaMu yang boleh meruntuh gunung dan bukit
aku cuma insan kerdil yang mudah reput
cuma menjadi gila di dunia fana ini.

Lagenda Pulau
sajak tentang kebesaran ilahi
sarawak

Datuk Hasbi berkata...


MASA BERPUTAR

Masa pantas berputar
Berputar halus di dada dinding
Hitungan jarinya petunjuk detik
Detiknya seolah-olah sapaan lembut
bagi insan yang bernyawa dan berakal
tentang detik waktu hanya seketika cuma
Cuma terkadang melangkaui batasan
wujud sekian lama bukan bererti tua
Ciptaan yang hanya sementara
menuju lembah abadi kekal jangan disangkal
tiada undurnya masa rayu dikembalikan
harapan itu hanya sia-sia
manusia yang alpa mengambil ikhtibar
tersirat wahyu Ilahi ada bicara

Datuk Hasbi
sajak simbolik
limbang sarawak

Pak Ya Nyabo berkata...


LIDAH BANGSAKU

Lidah bangsaku tiba-tiba kelu
di hujung satu dekad abad ke-21
resah tidak tentu segalanya
mungkin kerna alaf baru,
Dari dahulu di bumi merdeka ini
bangsaku bangun berdiri bersatu
langkah yakin membangunkan nusa yang hebat
disegani orang atas kekuatan yang beraneka macam
taat setia menjulang satu padu bukan kepalang
sepakat nikmat kemakmuran,
jika muncul aliran baru
menerjah tanpa nyata
menjadi pohon tidak berakar.

Pak Ya Nyabo
sajak simbolik
tajung piandang

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ada 4orang lagi layak ke pusingan ke tiga

1.Pak Kassim
2.Geletek Malam
3.Sarjan Hussin
4.Pak Ya Nyabo


Syabas Harap maklum.

nurimanja49@gmail.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nurimanja49@gmail.com berkata...



KUMPULAN 2 PUSINAGAN KE 2


9.ANGIN BAGAIKAN BERZIKIR (LS)

angin bagaikan berZikir dan bertalkin
disambut wirid daun-daun
terjuntai didahan kehidupan
tanah basah bagai bertasbih dalam lunak
kerdil membilang namaNya
berulang-ulang dalam senyap
khusyuk di laman fana sebuah perjalanan
Saat kaki mengatur dalam sepoi angin
berbahasa syahadah kuziarahi sekebun agung
mengakrabkan cinta sang tetamu
tatkala tidak terhitung
lirik nurani bermunajat
tika lidah masih mengkhatam doa

Pak Kassim
sajak simbolik kehidupan
sungai petani 17 Oktober 2015 4:05 PG

ULASAN:

sdra PK thema simbolik mesej ketuhanan ,pengucapannya bagaikan merangkum alam jagat , seperti orang sedang bermunajat di 2/3 malam bertahajud , pasrah berdoa dan menyerah kpd yang maha esa dengan apa yang dan akan berlaku kepada alam kehidupan seharian ini. (LS)

nurimanja49@gmail.com berkata...


10.PENDUSTA (LS)

Agama di kepala bangsa di dada
sakit teriak tangis di panggung tragis
pentas makin terbuka
di tangan onar petualang
wayang sekarang rancak berpesta
dalang bertukar menjadi pendusta demokrasi
cendekiaan kini kian hilang seri
Di manakah penjuang-pejuang
tunjuk muka keluar bertempur
buka mulut khabarkan berita sahih
kebenaran itu jangan diperkosa
jangan biar bangsa kita musnah
durjana ini kian berani
jika kita masih berdiam
kita akan pecah punah ranah
tulis hakikat sejarah silam dan sebarkan
pegang kitab suci fahami sirah.
biar hidup bermaruah dari mati dijajah

Geletek Malam
sajak sambungan sebelum ni psl perjuangan melayu
bukit aman 17 Oktober 2015 4:06 PG

ULASAN:

Sajak sdra GM thema patriotic bagi mempertahankan kebenaran demi agama bangsa dsan Negara . Kerisauan nampak jelas dinihari ramai yang terjebak dengan budaya hasutan tohmah dan fitnah dan beradu domba sehingga mereka lupa segala ke benaran dan sehahihan setelah minda dicelarukan dengan janji-janji yang belum nyata. LS)


nurimanja49@gmail.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nurimanja49@gmail.com berkata...



11.AKU KEMBALI PADAMU (LS)


Aku kembali padaMu
dengan secebis doa kutadahkan
Mengharap petunjuk dariMu
Dengan sekeping hati kuhadiahkan
Tulus memohon kepadaMu
Aku yg khilaf ini masih perlukanMu
Di saat duka maupun bahagia
Aku bersujud atas sajadahMu
Bersama deraian kilauan kaca
Ku bermohon ampun padaMu
Atas segala silapku
Selama aku menjadi hambaMu
Di muka dunia yg fana..

Sarjan Hussin
sajak ketuhanan
3 pagi selepas selesai sembahyang hadiah17 Oktober 2015 4:06 PG

ULASAN:

sdra SH thema ketuhanan pengucapannya agak mudah bentuk doa bagaikan orang yg sedang bermunajat di malam hari selepas tahajud , pasrah berdoa dan menyerah kpd yang maha esa dengan apa yang berlaku dan akan berlaku kepada diri sendiri dalam kehidupan seharian ini. (LS)

nurimanja49@gmail.com berkata...



12.BERDIRI DI ATAS SATU TIANG (TK)

ketika ini aku sedang berdiri diatas tiang
bingung mahu ke kiri atau kanan?
adakah mahu ke depan atau kebelakang?
aku mendongak ke langit
tapi hati masih lagi mahu ke tanah
aku berdiri kaku bagaikan bendera tiada angin
aku cuba melangkah kehadapan
aku takut jatuh terus menjunam
aku cuba undur takut terseliuh
jadi kini aku hanya berdiri tegak
dia atas satu tiang
di tengah hamparan luas terbentang luas
di tengah padang pasir
cuma aku sendiri tiada yang lain
aku tetap terus berdiri hingga ke hari ini

saizul maizav
Air Itam 9 pagi
sajak dalam dilema membuat keputusan
sama ada mahu berpindah ke balik pulau semula dan buat kerja kampung
atau tinggal di air itam terus kerja kilang17 Oktober 2015 4:07 PG

ULASAN:

Sdra SM thema dilemma dlm kehidupan pengucapannya agak mengelirukan bagaikan orang yg sedang terjebak dalam membuat perhidungan , serba salah dan gelisah. Sebaiknya solat istiqarah berdoa dan menyerah kpd yang maha esa dengan apa yang berlaku dan akan berlaku kepada diri sendiri dalam kehidupan seharian ini. Pasti akan ditunjuk jalan .maaf cuba lagi (TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...



13.JANGAN LEPASKAN JEMARIMU (TK)

Jangan lepaskan jemarimu
daripada merindukan takdir
usaplah rerambutmu dengan manis senyuman
kala jasad itu berada di kaki langit
kesal pada suatu Subuh gerimis itu
yang menyembunyikan rahsia.
Pagi itu semuanya beku
laksana air di kutub
hidup mengatur nafas dengan lidah kelu
hanya bayangan yang tinggal
bersama suara lunak merdu.

Pahlawan terbilang
sajak simbolik kehidupan
11mac 2015

ULASAN:

Sdra PT thema simbolik kehidupan pengucapannya agak mengelirukan Dan sukar menangkap maksud atau mesej yg hendak disampaikan . Bentuk dan isinya juga Nampak bercelaru . Mungkin anda sahaja yang tahu apa saja yang berlaku kepada diri sendiri dalam kehidupan seharian ini. Maaf terpaksa (TK)


nurimanja49@gmail.com berkata...



14.MUDAH REPUT (TK)

Pagi itu semuanya masih terkedu
mulut membisu daripada lamunan itu.
Bertanya lagi soalan dan jawapan
agar pagi itu tidak sejuk membeku
matahari itu tidak mahu lagi muncul di situ.
Sejenak mengingat melihat dengan fikiran jernih
KuasaMu yang boleh meruntuh gunung dan bukit
aku cuma insan kerdil yang mudah reput
cuma menjadi gila di dunia fana ini.

Lagenda Pulau
sajak tentang kebesaran ilahi
Sarawak 17 Oktober 2015 4:08 PG

ULASAN

Sdra SLP thema ketuhanan mesej biasa gambran dalam kehidupan seharian pengucapannya persoalan suasana kematian . Manusia sering termanggu dan terharu bila berlaku kematian , kecuali org yg beriman percaya tiap yg hidup akan merasai mati, dariNya kita datang kepadaNya juga kita kembali . Sebagai makhluk ciptaan Nya maka kita perlulah fasrah dan redha dengan kehendakNya di dunia fana ini. (TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...


15.MASA BERPUTAR (TK)

Masa pantas berputar
Berputar halus di dada dinding
Hitungan jarinya petunjuk detik
Detiknya seolah-olah sapaan lembut
bagi insan yang bernyawa dan berakal
tentang detik waktu hanya seketika cuma
Cuma terkadang melangkaui batasan
wujud sekian lama bukan bererti tua
Ciptaan yang hanya sementara
menuju lembah abadi kekal jangan disangkal
tiada undurnya masa rayu dikembalikan
harapan itu hanya sia-sia
manusia yang alpa mengambil ikhtibar
tersirat wahyu Ilahi ada bicara

Datuk Hasbi
sajak simbolik
limbang Sarawak 17 Oktober 2015 4:08 PG

ULASAN:

Sajak sdra DH thema sembolik mesej biasa gambran dalam kehidupan, apa yang sedang berlaku di alam maya kini , bila kehidupan diliputi kemudahan dihujung jari. Perubahan kian mendadak dan pantas ketinggalankan kita , Apa pun tiap yg baharu akan binasa .Cuma yang abadi hanya Allah yang membenarkan segala ciptaan Makhaluknya. (TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nurimanja49@gmail.com berkata...





Pak Ya Nyabo berkata...
16.LIDAH BANGSAKU (LS)

Lidah bangsaku tiba-tiba kelu
di hujung satu dekad abad ke-21
resah tidak tentu segalanya
mungkin kerna alaf baru,
Dari dahulu di bumi merdeka ini
bangsaku bangun berdiri bersatu
langkah yakin membangunkan nusa yang hebat
disegani orang atas kekuatan yang beraneka macam
taat setia menjulang satu padu bukan kepalang
sepakat nikmat kemakmuran,
jika muncul aliran baru
menerjah tanpa nyata
menjadi pohon tidak berakar.

Pak Ya Nyabo
sajak simbolik
tajung piandang 17 Oktober 2015 4:13 PG

ULASAN:

Sajak sdra PYN thema sembolik mesej semangat patriotic bagi mempertahankan kebenaran demi agama bangsa dsan Negara .Tetapi hari ini terasa semacam ada satu kehilangan satu budaya yg menkagumkan di zaman datuk nenerk kita dahulu apa bila aliran baru cuba menguasainya.mereka lupa akan segala yg nyata, tetapi lebih mempercayai janji-janji yg belum pasti . LS)


nurimanja49@gmail.com berkata...


PUSINAGAN KE 3 FINAL AKHIR

1.WALAU JATUH TETAP BANGUN (TK)

Anak muda itu kini dewasa
akal bicara dan lantang bersuara
bermain dan cuba melambung gelombang
selalu berlari di pesisir tebing
berjabat tangan langkah berani
Adat berlari jatuh tapi terus bangun
terantuk tidak terus termenung
hati mahu rasa mentafsirkan malam
hayat ini tidak mesti panjang
tergelincir dan terhumban tanpa diduga
bergelumang jatuh ke kubang berlumpur
tetapi jangan hilang keyakinan

Geletek Malam
sajak sambungan pejuangan
maaf qalam sy xda idea nk buat sajak lain
jadi sy buat sajak bersambung-sambung
Bukit aman/20 Oktober 2015 9:39 PTG

ULASAN:

Sajak yang ketiga oleh sdra GM thema masih bersiri semangat perjuangan dalam kehidupan. Pengucapankanya biasa . Mesej nya ada sedikit berbeda terutama buat genarasi muda terkini, Agar jagan mudah mengalah , biar jatuh atau tergelincer tetapi perlu bangun kembali perjuangan buktikan jatidiri agar jangan hilang keyakinan dan pegangan kpdNya. Apa pun makasih di atas sumbangan anda sebuah motosikal agaknya (TK)

)

nurimanja49@gmail.com berkata...



2.SETENGAH ABAD (TK)


Telah setengah abad aku bertatih dan berjalan
menyeberangi sempadan sejarah usia
telah setengah abad aku menyusun kembara
merentasi sempadan dan liku sejarah hayat.
Aku telah mengenali budi manusia
yang memburu pelangi di muara munajat
menampi debu hidup di kota metropolitan
menjalin rona kehidupan di pedalaman
yang ku lihat berwarna-warni
kerna aku bagaikan seorang mualim
menyaring warna dosa dan dosa pahala.

Pak Kassim
sajak simbolik
Sungai Petani/20 Oktober 2015 9:40 PTG

ULASAN:

Sajak ke tiga sumbangan PK masih juga berligar denang thema semboliknya Mesej biasa dalam kehidupannya sepanjang usia 50 tahun perjalanan meniti senja . Banyak pengelaman yg dia perolehi sejak di zaman kecil dahulu hingga dewasa kini , tentu dapat mempelajarinya dan membezakan erti sebuah kehidupan di antara kota dan desa.kini cuba melihat dan menilai gelagat kehidupan manusia dalam warna melakukan dosa dan pahala. Maaf Cuma di sini terskan usaha lagi.(TK)


nurimanja49@gmail.com berkata...



3.KHAZAHAN TUHAN (LM) 2 (ketuhanan)

Seandainya lautan itu
esoknya kering menjadi garam
terapung segala khazanah dasaran
terpana hati seorang insan
melihat selautan limpahan khazanah tuhan…
Andai rezeki kurniaan Ilahi itu
terbentang seluas lautan
tanpa halangan ia hanya perlu dikutip
pastinya ada di antara
hati itu akan tersungkur oleh bebanan
Sedarlah mereka limpahan rezeki di depan mata
memerlukan setitik keringat
tapi pulangannya segenggam dan mungkin berganda
Tiada khazanah lautan tanpa direnang…
tiada rezeki dasaran tanpa diselam…

Penyair Agung
sajak ketuhanan
Ulu Tembeling /20 Oktober 2015 9:40 PTG

ULASAN:

Sajak ketiga sdra PA thema ketuhanan, Pengucapannya bagaikan membayangkan sesuatu dalam erti kata keandainya: tuhan menjadikan rezeki terlalu mudah dan senang diperolehi, manusia pasti jadi pemalas dan tidak mahu berfikir panjang, tidak lagi mahu berusaha dan ikhtiar . Hidup pun bagai tidak punya erti apa-apa lagi Begitulah juga seandainyalah intan lebih banyak dari kaya, intan pula tidak berharga sama dengan batu jalan , mungkin kaca pula lebih berhaga dari itan atau belian. Semuanya dinilai daripada seandainyalah. Tetapi Allah tidak buat begitu.layak menang tepat ke dua . (2)



nurimanja49@gmail.com berkata...




4 TERBANG (LM) 4 (Politik)

aku sebenarnya telah lama terbang
mencari suara yang kuat dan bergema itu
ke mana asalnya suara itu datang
bertahun aku mencari dan mencari
hinggakan pengembaraan yang panjang ini
telah membuatkanku tenat dan lelah
tapi yang hanyaku temui adalah
pertemuan matahari, rimba dan lautan?
aku kini bagikan merpati yang paruhnya
hanya dijerut rantai konspirasi
tapi aku terus terbang dengan berani
walau terpasung dalam sangkar derita
melebur ketika mimpi takdir menyatu.
jangan lenakan dulu mimpi itu
kerana esok adalah takdir
tatkala impianku kini bagaikan
terus dikelar oleh pedang persengketaan

PAK YA NYABO
sajak sinis
tanjung piandang 17oktober

ULASAN:

Sajak sdra PYN thema sinis ada berbau politik . Pengucapannya simbolik juga, mesejnya semacam mencari suara kebenaran dan mempertahankan hak perjuangan demi agama bangsa dsan negara . Bila diri sudah terasa semacam kehilangan peganggan hati amat kecewa seperti dipermainkan oleh suara yang dicari? Ditambah pula dengan datang aliran baru yang kian mencelarukan lagi minda kita Adakah ini taqdir? Dalam usaha kerjasama suara-suara yg sumbang, kini hati cukup terluka memikirkannya dalam masalah persengketaan menilai suara-suara bagaikan tidak keharuan lagi . anda sekadar layak menang tempat ke empat (4)

nurimanja49@gmail.com berkata...



5ALAM DAN MANUSIA (LM) 1 Perbandingan

Tanah yang subur disini
cuma berlangitkan iklim Khatulistiwa
bersama hujan sepoi-sepoi bahasa
tapi tidak pula buat pohon yang pelbagai rupa
kerana ia merimaskan yang ingin menyusur akar
tapi cuma tebing bertaut kukuh
haruman mawar pula mewangikan
di seluruh kehijauan daun
nikmat buah dan tumbuhan dirasai bersama
kicauan burung memanjat kesyukuran
bulan bintang berdoa ke hadrat ilahi
alam kemanisan inilah yang harus tertanam
dijiwa manusia yang kian merentasi sempadan dengki
kerana selama aku berkebun di sini
semua alam bangga bersama berpadu tenaga
membara cintakan kedamaian menjulang setia
sifat yang tak ternilai harganya

Adiwira Angkasa
sajak simbolik buat manusia yg suka mendengki
Sekinchan 21 oktober

ULASAN:

Buat sajak yang ke tiga drp sdra AA thema simbolik dalam kehidupan manusia Bunyi pengucapannya bersahaja namun ada daya puitisnya ,Mesejnya juga menarik terasa bagaikan penulis ingin membawa perasaan kita untuk mengenali kehidupan seumpama alam yang ada kemesraannya diantara satu sama lain yang boleh menghidupkan suasana aman damai sejahtera alam . Soalnya mengapa kita manusia tidak mahu mencontohinya ? Masih iri hati dan suka bersikap hasad dengki, kini berfikirlah ?. Syabas! karya ini boleh menjana minda , layak di beri tempat pertama dalam sayembara kali ini (1)

nurimanja49@gmail.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nurimanja49@gmail.com berkata...


6 JAHIL (TK)

Jahil menangkap minda memerangkap maruah
menghancurkan hidup ceria
meranapkan impian dijulang
lantaran bermahkota durjana.
Usahlah dipandang lagi
kebodohan yang bermaharajalela
melumat segala suka menjelmakan kepayahan
diri sendiri bahana kekhilafan mencengkam diri.
Kini lancarkan sebuah perang
di medan globalisasi
mencairkan segala sengsara
bersenjatakan ilmu yang dijana
berhunuskan pedang pengetahuan
agar lumat penoda yang selama ini
mewarnai diri remaja jiwa anak belia.

M.Hassan
sajak memberi semangat
N.sembilan

ULASAN:

Sdra MH hamper ketiga buah puisi anda mengetengahkan thema dan mesej yg agak sama, semacam ada sesuatu yg kurang menyenangkan hati dengan sesaorang atau satu keadaan yang sepatutnya diceriakan bukan menambahkan lagi kekalutan dan kegawatan yang kian melanda kesetabilan suasana kehidupan kita. Amat merbahaya kalau kita tidak bermuhasabah diri serta pasrah kepada yang maha kuasa , kerana takdir tidak siapa dapat melawannya. Sebaiknya kita cuba mengelak dari kemungkaran dan berusaha mencari jalan ke arah kebenaran dan diredhai Allah SWT..Semoga baik di dunia dan baik juga di akhirat. Amin Maaf Cuma di sini (TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...



7.KEBEBASAN (TK) 3 Perjuangan

Jika diundurkan semula
Kau akan lihat masa dulu kala
Betapa pentingnya perjuangan
Betapa agung Jasa pewira
Keringat yang mereka taburkan
Wang, tenaga, masa dan fikiran
Hanya didambarkan untuk kemenangan
Satu perjuangan yang lahir dari jiwa
Terbit dari keikhlasan hati suci
Setiap langkah kami hanya untuk anak cucu
Untuk membela negara dan bangsa
Perjuangan kami mesti diteruskan
Hanya itu jalan penyelesaian
Langkah kaki mesti dipercepat
Kerana itu cara perjuangan
Kelompok pimpinan diperkuat
Hati masyarakat semua ditambat
Perjuangan ini adalah suci dan murni
Demi satu kebebasan untuk negara tercinta ini.

Sarjan Hussin
sajak memperjuangkan kemerdekaan
20 oktober

ULASAN:

Buat sdra SH sajak ketiga thema perjuangan kemerdekaan ,pengucapannya agak mudah difahami ,namun ada sedikit pembetulan agar tidak lari dari maksud asalnya. mesej menceritakan perjuangan seorang pewira yang berjuang dan bekorban apa saja utk keamanan bangsa dan negara .Malah sanggup menggadaikan segala, nyawa, tenaga, masa, wang dan buah fikiran demi mempertahankan kemerdekaan Justeru itu masyarakat sepatutnya mengenang dan menilai jasa hidup matinya seorang perwira atau perjuang bangsa. Layak menang untuk tempat ke tiga (3)

nurimanja49@gmail.com berkata...



8.TIDAK DIJUMPAI (TK)

Kelabu malam terbias cahaya…
menampakkan kesan tercalar dimuka…
merobek digiris kerana sengketa…
baru ku megerti apa itu luka…
Meredah hutan menyelak lalang…
menebas halangan mencari permata…
terlibas wajah terus menghilang…
Adakah aku sama seperti mereka…
melakukan juga segala dusta…
aku pasrah menerima
menggapai awan mencari jawapan
namun yang dicari tidak aku jumpai ..

Hero Kampung
Sajak simbolik
Kota Bahru/20 Oktober 2015 9:41 PT

ULASAN:

Sajak ketiga sdra HK masih berthema simbolik.Pengucapanya agak tersembunyi namun tidak dapat lari drp persengketaan berbau politik Apa pun begitulah keadaannya kehidupan kita selama ini, dlm sebuah negara merdeka bebas bersuara .terlalu sukar mencari jawaban dimana kebenaran yang dilaungkan?, jika ramai yang beranggapan setiap suara yang datang memujuk kita penuh dengan tipu daya ? mana mungkin kita menjumpai kebenaranya . Maaf Cuma di sini (TK)