Sabtu, 24 Oktober 2015

SATU PERCATURAN PESTA RAKYAT SEDANG BERMULA




99. SATU PERCATURAN PESTA RAKYAT SEDANG BERMULA

Satu percaturan pesta rakyat yang dahsyat sedang bermula
Di bumi tempat tumpah darah tanah air negara merdeka ini
Bermula dengan si baju kuning, si baju merah dan si baju hijau
Biar pun gah si baju kuning penuh dengan lagak bersirinya
Namun niat dan maksud masih juga gagal untuk diterjemah kan

Tetiba bangkit pula si baju merah dengan gah dan gemparnya
Berhimpun begitu bersemangat menunjukkan kegarangannya
 Sehingga padang menjadi lautan gelombang merah menyala
Mengegarkan suara dengan ratusan rakyat berbilang bangsa
Membantah kepada si baju kuning yang dulu nampak berkuasa.

Dini hari ada lagi satu perhimpunan rakyat si baju hijau pula
Di stadium negeri penuh sesak di anggarkan 60 ribu ramainya
Mereka  cuma ingin mengeratkan kembali ahli seluruh Negara
Bagi menunjukkan si baju hijau masih ada kemampuan bersuara
Sebagai satu mesej kepada si baju kuning dan baju merah juga.

Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 4.30 petang
Hari Khamis 22 Oktober 2015.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Apa dah jadi dengan kuning bersih bersiri sehingga org lama dalam umno pun dah turut serta hebat sekali nampaknya utk menegak kebenaran atau kecelaruan ?

nurimanja49@gmail.com berkata...

Mungkin sekali dua kali , tiga kali dan empat kali , agaknya sudah melampau si baju kunung bersih buat siri . kesabaran ada batasannya.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Tetiba si baju merah pula bangkit denganagendanya yang tersendiri dg panggilan HMB atau HRB begitu hebat bagaikan gelombang di lautan merah tercabar si baju kuning , bersih yang dilaung-laugkan ternyata tidak ada kebersihannya lagi.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Lalu senyap buat seketika , cuma dengar dasak desus ada lagi satu perhimpunan pemulihan kepercayaan dari puak si baju hijau , ramai yang kata kita lihat dan tegok .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Tetiba di padang setidum negeri kelantan ada himpunan baju hijau siap dengan jubah dan serbanya bersolat dan bermunajat dalah ikhkuat islamiah menyambut kembali silaturahim yang disangkan banyak berpecah.