Selasa, 27 Oktober 2015

JEREBU SABAN HARI MENCUMBUI TUBUH MOGELKU



98, JEREBU SABAN HARI MENCUMBUI TUBUH MOGELKU

Dulu jerebu yang sesekali datang menyapa di muka kita
Terasa bagaikan salji lembut mesra menyentuh tubuh
Pada mulanya ramai yang terasa terpesona dibuatnya
Kini mulai rasa lemas gelisah bila saban hari bertemu
Dengan rasa cumbuan panas kemarau yang memanjang.

Semalam suhumu naik  mendadak hingga ke paras bahaya
Esok pagi aku tidak akan keluar untuk bermesra bersamamu
Terpaksalah aku berkurung dalam rumah dan kamar tidur ku
Kerana kau kini begitu rangkus ingin menodai tubuh mogelku
esok kau cuma dapat melihat  aku di jendela kaca kamar tidurku.

Hari ini aku cukup meragui jika I.C.U bertukar warna kuning
Pasti aku tidak akan membuka lagi jendela kaca kamar tidurku
Aku fikir kau sepatutnya sila berundur bila angin sepoi berlalu
Tetapi kini kian ghairah menguasai suasana panas kemaraumu
Apakah kau satu musibah bala kecil yang datang tersembunyi?


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7.00 pagi 
Khamis Tanggal 22 Oktober 2015.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Syukur Alaham dulillah jerebu hari ini dah mulai kurang sedikit bacaan I.C.U. banyak negeri berada dalam keadaan selamat dan kembali sihat .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Berbeza dengan sebelum ini hari-hari kita baca I.C.U dengan keadaan yang cukup membimbangkan dan meraguinya Kurang sihat, tidak sihat dan amat tidak sihat .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Mujurlah kita masih selamat tidak masuk dalam keadaan warna kuning. Tetapi yang hairannya orang -orang di Indonesia buat dak saja walaupun I.C.U naik ke angka 1000 lebih warna kuning ...

nurimanja49@gmail.com berkata...

Amat merbahaya jika debu halus itu ada mengandungi racun , malah angka kematian juga sudah menikat di Indonesia . Kuat sungguh iman mereka walaupun mereka sudah tahu tuhan mulai bosan melihat tingkah laku mereka.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Apa pun kita rakyat Malaysia yang tua terutama warga mas atau pun kanak-kanak baik diam di rumah sahaja kerana kumpulan ini mudah menjadi sasaran jerebu yang mungkin membawa berbagai penyakit.