Sabtu, 24 Oktober 2015

SEBENARNYA TIADA MASALAH BERSELESEHAN PENDAPAT







97. SEBENARNYA TIADA MASALAH BERSELESEHAN PENDAPAT


Dalam Islam boleh jika kita berselesehan pendapat kerana agama
Itu cuma ijtihad Kekadang boleh mendatang kan hikmah dan rahmat
Kerana seorang itu mungkin lebih tahu apa yang telah dialaminya
nabi pernah menegur seorang hamba mengahwini dedebu tamarnya
setelah dia berhenti hasil lumayan buah tamarnya tidak menjadi lagi             
lalu dia pun berjumpa dengan nabi kembali mengadu hal sebenarnya
lantas nabi berkata anda lebih mengetahui hal kerja kamu sendiri.


Apa yang menjadi masalah bila kita berbalah menghina peribadi.
Ini yang Islam melarang tidak digemari dalam dunia perbahasan
Jika sekadar berseleseh pendapat dan pandangan ada hikmahnya
Sebaiknya boleh bercambah minda dan buah fikiran untuk kebaikan
Jadi tidak ada masalah untuk kita berbalah setiap  hal dan masalah
Berilah hujah dan fakta yang sebenar dan sahih di dengar khalayak
Bukannya fakta palsu yang direka atau ubah suai atau ditiru ciplak.


Oleh Pena Runcing
Catatan jam 9.30 malam
Bersamaan Selasa 21 Oktober 2015.


5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...


NGOMEN-NGOMEN PETANG INI
Assalamualaikum dan salam sejahtera rerakan Fb.


MANA 2.6 JUTA?


Harap maklum. Bila ahli Yb di kalangan Pembangkang yang mencadang yang menulis yang mengakat poster: Mana 2.6 juta ? selepas persidangan PM membentang belajawan negara 2016 petang semala, Nampak semacam satu protes ketandus idea atau kehilangan modal hendak melontar suara ? Nampak sangat kelemahan parti tersebuh boleh menjadi bahan ditertawakan .


Rakyat jelata pun boleh menilai dan berfikir sebelum ini ? Kerana jika ada jutawan Pak Arab yang memang kaya raya bernazar membantu negara Islam yang sedang membagun atau jutawan ini ingin mengeluarkan zakat harta atau wang simpanannya. tidak jadi masalah.kalau dia ada 700 Bellion kalau 1 Bellion zakatnya saja sudah 2.5 juta wang pak arab mungkin lebih. Kita pernah dengar seorang jutawan Pak Arab pengawal peribadinya sahaja 1,000 orang.


Tak kata sesungguhnya kata pi lah.

nurimanja49@gmail.com berkata...


SEDUTAN RENUNGAN UNGAPAN KATA PETANG INI

BILA BERCAKAP TERNYATA ADA FAKTA LEBIH MENYAKINGKAN DARIPADA KITA BERCAKAP BUNYI BERDEGAR-DEGAR DI ATAS PENTAS HADAPAN ORANG RAMAI SEHINGGA ADA PENYOKONG YANG BERSORAK BERTEMPEK DAN BERDERAI GELAK KETAWA TETAPI SEBENARNYA SEKADAR OMONG KOSONG BELAKA. ADALAH SATU PEKERJAAN YANG LAGHOU ATAU RUGI DAN SIA-SIA.


Qalam Mutiara

nurimanja49@gmail.com berkata...


UNGKAPAN KATA

Tidak perlu anda mengumpul rakan sehingga ke angka 5,000 ke dalm Fb anda, sebenarnya tidak ada apa-apa . Ada lebih baik lagi anda cuba melontarkan ungapan kata yang boleh membantu menyedarkan buat mereka di dalam kesesatan atau kebuntuan atau kecelaruan minda kembali ke jalan yang nyata dan mendapat keredhaan Allah SWT. Amin

Dari Meja Pena Runcing

nurimanja49@gmail.com berkata...



SEMBANG PETANG NGIRUP SECAWAN KOPI
Asalamualaikum sahabat Fb

ADA PIHAK YANG CUBA MENAKUTKAN RAKYAT JELATA
KONONNYA NEGARA AKAN MUFLIS UTANG BANYAK?

Untuk pengetahuan puak pro pembangkang yang sering berfikiran negetif dan jahat kerana terlalu kuat dihasut oleh omongan kosong ketua atasan mereka . Tahun hadapan insha allah jika 140 bellion lebih akan dapat dipunggut oleh JHDN hasil dari percukaian . Sekurang2nya jika ada lebihan pedapat an boleh juga membantu rakyat miskin dan sederhana dalam penambahan BR1M ...

Jadi janganlah kita duk menipu rakyat? Menolak segala kebenaran dan kenyataan yang ada berfakta, samalah seperti kita tidak bersyukur dengan apa yang ada dari pemberian Allah SWT. Lihat sahaja di kampung tak usah lihat dibandar , bila hari raya setiap rumah ada dua tiga biji kereta, tidak termasuk motosikal lagi.

Jadi hentilah sikap suka mengasut dan menjual temperang dan menipu rakyat jelata dengan sengaja berkata susah macam tak mentedarah. Kalau benar miskin tak usah kata motorsikal , karat dari serbuk habuk basikal buruk pun tak ada .

Jangan cuba penipu pemberian Allah SWT.
Catatan ganti motivasi. Pensel kontot.

nurimanja49@gmail.com berkata...


Semua ungapan kata di atas adalah dari Fb Pena Runcing dan Suara Pulaubersama rerakan adminya.

Ahli Suara Pulau masih ada 1a0 atau 15 org lagi kosong.