Sabtu, 31 Oktober 2015

KITA PERLU BERJIHAT MENJAGA EKONOMI





106. KITA PERLU BERJIHAD MENJAGA EKONOMI


Menjaga kedudukan kewangan satu jihad harta benda
Setiap rakyat perlu pandai pelaksanaan perancangan
Dalam disiplin diri dengan kehidupan ekonomi seharian
Banyak menyimpan untuk masa depan sewaktu bersara
Perlu elakkan kerja berhutang dari sengsara kehidupan

Dalam muamalaf kita perlu telus dan ada berintegriti
Sentiasa saja berusaha dalam pengurusan berjual beli
Wahai orang-orang  yang beriman jangan kamu menipu
Atau mengambil keuntungan berlebihan dan menindas
Tunjukkan lah sikap Imej yang baik dan segala kepakaran

Inilah agenda yang boleh mengangkat jihad ekonomi kita
Dalam segala usaha kita menjaga kebajikan rakyat jelata
Menjaga prasarana bentuk globalisasi   dan bermujahadah
Bagi mengangkat mertabat dalam jihat ekonomi umat Islam
Agar kita tidak di pandang hina dan rendah oleh bangsa lain.


Oleh; Nuri Manja,
Catatan jam 2.50 petang
Jumaat 30hb Oktober 2015.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Berjihat tidak semestinya dalam peperangan sahaja. tetapi umat Islam patut terlebih dahulu berjihat dalam menjaga ekonomi hidup kita. kerana bila sudah kuat dengan ekonomi sesuatu bangsa itu tidak akan merempat.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Merancang kehidupan dan masa depan dengan menjaga ekonomi amatlah penting terutama melabur dan menyimpan persedian di hari tua atau persaraan.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Pilihlah kehidupan yang sederhana , jangan berbelanja di luar pendapatan atau kemampuan kita , beli sesuatu yang penting bukan sebarangan suka hati sahaja

nurimanja49@gmail.com berkata...

Jangan terlalu banyak berhutang sehingga boleh tergadai segala harta yang ada, seperti tanah, rumah , kereta dan barang kemas yang ada.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Jangan buat pinjaman pada Along atau bank , jika kita tidak mampu membayarnya , Sebaiknya merancang dengan tepat kita lebih selamat.