Isnin, 2 November 2015

.SATU PETANDA BUAT KITA



109.SATU PETANDA BUAT  KITA

Satu petanda alam petaka akan bermula
apabila beburung lelayang terbang rendah
lari mencari pelindungan tidak tentu hala.
pasti  musim tengkujuh akan datang melanda.

Orang Pantai Timur perlulah bersiap siaga
banjir besar nampaknya akan bertandang
jauhkanlah  dari musibah  atau kemalangan
kami  ini lemah tidak terdaya menghadapinya.

Apa pun kami tetap berusaha dan berikhtiar
cuba mengelakkan diri daripada mala petaka
sebagai satu ujian dariMu  menilai keimanan
sehingga musim tengkujuh berhenti dan pergi

Oleh: Nuri Manja,
catatan jam 5.petang
Hari Isnin 2 November 2015.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Begitulah ketentuan Allah S.WT menjadikan alam ini ada tempat yang baik dan ada tempat atau kawasan banyak pula musibahnya.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Di negara jiran kita ada gunung berapi yang melutup bila tiba waktunya maka berlakulah kemusnahan kehidupan . Begitu juga dengan negeri-negeri di pantai Timur bila datang musim tengkujuh akan berlakulah mala petaka .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ini semua adalah ketentuan Allah untuk menguji keimanan kita sama ada bersabar atau tidak ? Biasanya bila berlaku banjir besar kemusnahannya bukanlah sedikit. Untuk memulakan semula kehidupan penyeksaannya juga amat lah perek.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Apakah hikmah dan pengajarannya di atas apa sahaja yang berlaku dan menimpa alam kehidupan kita . Agar kita sentiasa bersabar dan bangkit berusaha lagi. Sehingga di negeri Pantai Timur ramai anak-anak yang boleh menghafal Al Quran dan kuat pada agama dan sentiasa mengingati Allah SWT. Amin.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmahnya . Apa sahaja yang Baik daripada Allah SWT . Yang kurang baik dan lemah oitu daripada kita sendiri . Setiap musibah ada nilai baik dan buruknya .Wallah huaklam.