Isnin, 30 November 2015

AKU MENCATAT PUISI







133.AKU MENCATAT PUISI

Aku mencatat puisi
Setiap pagi dan petang
Bukan mencari sebuah nama
Sekadar mengisi usia meniti senja.

Waktu senja indah
Dipenuh warna warni
Memori juga datang kembali
Mengingatkan kembali kisah sukaduka.

Kerja mencatat puisi
Wadah kegemaran aku
Bagaikan satu santapan harian
Jika tidak mencatat rasa satu kehilangan.

Lantas aku menekan
Huruf-huruf di kompitar
Apabila ilham telah mendatang
Aku mencatat tidak siapa boleh menghalang.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.55 pagi
Sabtu 28hb November 2915.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Walaupun golongan nabi dan rasul menerima wahyu untuk dirinya dan rasul utk org ramai. Tetapi kita sebagai hamba manusia bisa diberinya Ilham.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Lalu mencatatlah apa sahaja yang dikira baik untuk agama, bangsa dan negara , dengan rendah hati tidak perlu berbangga diri . jika mahu Ilham terus datang.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sebaiknya dengan kata lain kita menulis bukan kerana nama , sekadar suka-suka mengisi kekosongan usia meniti senja .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Apa sahaja yang baik itu daripada Allah SWT. setiap yang dhaif dan banyak kesilapan dan kesalahan itu datang dari kelemahan diri kami sendiri . Harap maklum .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Menulislah selagi anda mmapu menulis , mencatatlah selagi anda mampu mencatat jika ilham masih belum kering , seperti telaga yang masih bertakung air, timbalah , ceduklah sebanyak mungkin yang anda mampu. Wassalam.