Sabtu, 7 November 2015

NASIB SANG SELADANG


 

113.NASIB SANG SELADANG


Nasib Sang seladang
Berapa kali sudah main
Berapa kali sudah tumbang
Banyak kalah dari menang.

Biarpun tak pernah tersingkir
Dari perlawanan Liga Super
Kalau dibiarkan berterusan
Dikhuatiri terkeluar juga nanti

Perlu segera diperbaiki sekarang
Ada petanda nyata kelemahan
mudah sangat tersingkir awal
Penyakit parah buat Seladang.


Oleh Viger
catatan Jam 7 pagi
Tanggal 6hb November 2015.


5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Nasib Sang seladang 5 kali main 1 kali menang , 4 kali tumpang semacam ada yang tak kena sahaja nampaknya.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Dalam perlawanan bola sepak kehaomonian perlu ada di antara pemain dan juru latihnya . jika tidak seirama mana mungkin gendang dan tari boleh
melahirkan irana yabg sama .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kekalahan mungkin berlaku jika pemain sering tunjuk protes walaupun dalam senyap dan tidak bersetuju dalam hati. Pemain yang rasa kurang senang akan bermain lebih kurang.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Jurulatih perlu ada citarasa yang menyenangkan jangan timbulkan masalah dengan permain yang boleh diharapkan, seperti memberhentikan pemain ayam tambatan dan menetakkan p-emain tidak bernama.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Maka tidak hairan protes pemain akan berlaku bila pasukan berada di saat genting ramai pula yang menarik diri tinggal pemain simpanan sahaja, seperti pemain boleh menjaga kekalahan pasukan mereka kerana itulah yg mereka pinta utk hadiah pada juru latih mereka.