114 AMANAH SATU NILAI KETAKWAAN ALLAH S.W.T
Amanah Allah kepada kita
pada langit bumi dan alamnya
Allah telah memberi peranan amanah
kepada sekalian makhluk yang diamanahkannya
Setiap manusia pemimpin amanah di atas diri mereka
Gagal jadi pemimpin tanggung jawab di atas diri sendiri
Amanah itu kerjanya ibadat
memberkati segala rezeki yang halal
mendapat kebahagian kehidupan berkeluarga
Jangan sesekali mencuri tulang dan mengelat kerja
kerana kerja diamanahkan mesti dipikul dengan saksama
Jangan melaksanakan sebarangan atau lebih kurang saja.
Amanah juga satu ketakwaan
Perlulah melakukannya seikhlas hati
Mengikut dengan Kerjaya dari upah kita dapati
Perlu kesamaan dan keseimbangan dalam bekerja
wahasil yang kita dapati dan perolehi menilai halal rezeki
Bagi ketenangan kebahagian hidup dari nilai ketakwaan.
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 2.00 petang
Jumaat 6 hb November 2015.
5 ulasan:
Amanah satu nilai kerja yang menampakkan ciri seorang yang bertakwa
kepada Allah SWT.
Bila kita diberi tanggungjawab untuk bekerja lakukanlah dengan ikhlas hati dan amanah jangan mencuri tulang atau mengelat kerja.
Kerana rezeki yang kita terima dari hasil kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang kita terima mungkin tidak halal jadinya bila tidak amanah.
Bila kita makan rezeki yang tidak halal , bila sudah jadi darah daging susah sedikit untuk memperbetulkannya. itulah yang berlaku berbagai masalah hilang ketenangan dalam rumah tangga.
Jadi untuk mendapat kebahagian dan ketenangan ahli keluarga rumah tangga kita bekerja dengan amanah dan penuh rasa takwa Allah akan menilainya .
Catat Ulasan