Isnin, 16 November 2015

PUNCAK ALAM BOLEH TENGGELAM



125. PUNCAK ALAM  BOLEH TENGGELAM

Penghuni Puncak Alam
Terkejut hairan mencemaskan
Perumahan di Puncak Alam
Dengan mudah boleh tenggelam
Air naik sekerat pinggang
Banjir kilat kini tidak menentu
Tidak kira masa di tempat mana
Tanah rendah paya dan rimba 
Atau pun hutan lintang bukit tinggi
Hingga menjalar ke Puncak Alam.
Semuanya akibat kerangkusan
kerja tangan-tangan manusia
Menjadikan air bertakung
Hujan lebat tanah pun runtuh
Maka berlakulah bala bencana
Seperti banjir besar banjir kilat
Air , tanah, batu, kayu dan lumpur
Terjun di kawasan tidak pernah banjir
Kali ini anda akan dapat merasa
Bagaimana keadaan banjir kilat melanda …

Oleh Nuri Manja,
Catatan jam 6.57 petang
Tanggal 16 November 2015.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Banjir kilat bajir lumpur . dimana-mana pun boleh terjadi lewat kebelakangan ini.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kawasan yang tidak pernah dilanda banjir kini anda akan dapat merasainya .

nurimanja49@gmail.com berkata...


Contoh mudah ; Hutan Lintang , Bukit Tinggi , Lebuh raya KL Karak, dan terkini Puncak Alam pula . Tidak menghairankan lagi .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Di Pulau Pinang pun begitu , kawasan tinggi berbukit di Balik Pulau, teluk Kumbar, matahari naik , kampung Sepakat sebelah kampung pening lalat. Banjir tak pernah berlaku banjir kilat melanda juga .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Semuanya akibat kerangkusan tangan-tangan manusia , Yang meruntuhkan bukit dan menggali meratakan tanah untuk projek taman perumahan beratus ribu juta ringgit.Tanpa memperdulikan akibat banjir melanda.