Isnin, 12 Oktober 2015

ZAMAN KALIAN BERBEZA NANTI CU!





81. ZAMAN  KALIAN BERBEZA NANTI CU!


Kata arwah Atu aku
Berusia seratus dua puluh tahun
Di zaman kamu nanti akan berbeza
Kalian tidak akan melihat lagi manusia
Berkerja mencari kayu api simpan di dapur
Mengangkat air ke rumah simpan dalam tempayan
Kalian tidak akan bergelap lagi bersama pelita minyak.
Peti besar dan kecil boleh keluar gambar dan berkata-kata
Besi boleh terbang di angkasa dan belayar dalam lautan dalam
Kehidupan begitu mudah serba serbi nampak mewah dan menyenangkan.


Kini andaian ternyata
Kata Atuk aku itu tepat sekali rasanya
Terlalu banyak perubahan zaman kita kini
Amat  jauh perbezaan seratus tahun dahulu
Tekan butang di dinding lampu menyala dalam kaca
Buka saja kepala paip air keluar mencurah di bilik mandi
Pulas saja butang pemutar dapur api keluar dari tong gas
Berita boleh didapati melalui radio peti  Tv  PC  laptop dan handphon
Perkembangan berita dalam dan luar boleh di muat turun seluruh dunia
Itulah andaian yang Atuk aku katakan dahulu zaman kalian berbeza nanti.


Oleh : Nuri manja
Catatan Isnin 28/09/2015
Jam 5.39 pagi sebelum subuh .


20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

KUMPULAN 2

5.BUKIT DAN RUMPUT (TK)

aku cuma duduk bersimpuh di atas bukit
Mata memandang alam sekitar dari jauh
selepas itu aku merebahkan badan,
bertilamkan rumput hijau itu
Hingga satu ketika aku terngelam dalam rumput
hingga aku tak terlihatnya oleh siapa-siapa
indah sungguh ciptaan alam sekitar sini

Dian Papinjey
sajak ketika meriadah di taman kt putrajaya11 Oktober 2015 4:31

ULASAN:

Sajak BDR thema alam ciptaan tuhan. Pengucapannya agak biasa dan penceritaannya juga terlalu sengkat. Mesejnya pun jadi hambar org yg membaca menganggapnya bagaikan cerita biasa. Apa pun anda perlu berusaha lagi. Maaf cuma disini sajak anda nampaknya terpaksa Terkeluar (TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...

KUMPULAN 2

5.BUKIT DAN RUMPUT (TK)

aku cuma duduk bersimpuh di atas bukit
Mata memandang alam sekitar dari jauh
selepas itu aku merebahkan badan,
bertilamkan rumput hijau itu
Hingga satu ketika aku terngelam dalam rumput
hingga aku tak terlihatnya oleh siapa-siapa
indah sungguh ciptaan alam sekitar sini

Dian Papinjey
sajak ketika meriadah di taman kt putrajaya11 Oktober 2015 4:31

ULASAN:

Sajak BDR thema alam ciptaan tuhan. Pengucapannya agak biasa dan penceritaannya juga terlalu sengkat. Mesejnya pun jadi hambar org yg membaca menganggapnya bagaikan cerita biasa. Apa pun anda perlu berusaha lagi. Maaf cuma disini sajak anda nampaknya terpaksa Terkeluar (TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...


6.PERJUANGAN BELUM SELESAI (LPK)

suatu ketika dahulu
kita bebas berlari di bumi ini…
tapi kini tidak lagi
kerna jarak usia semakin merangkak jauh….
kita juga telah berbeza…
Kita perlu sedar apakah hala tuju kita…
apakah nasib kita nanti….
Jiwa kita perlu dibajai…
Hati kita perlu disirami…
Ukhwah kita perlu dieratkan semula…
Silaturahim kita perlu dirapatkan semula….
Bersatulah kita di bawah satu naungan…
agar senyuman dapat lagi terukir di bibir….
kerna Perjuangan kita belum selesai !!!

Raja Muda
sajak patrotik selepas menonton filem kapsul di pawagan baru2 ni
klang 11/10/2015

ULASAN

Sajak berthemakan semangat patrotik ini ada kemampuan dalam pengucapannya . Walaupun ilham mungkin datang dari tontonan filem Kapsul dapat menghidangkan wadah yg menarik dalam tajuk ungapan kata perjuangan belum selesai. Apa pun sajak ini layak Persaingan ke dua (LPK)


nurimanja49@gmail.com berkata...



7.EGO HATI (TK)

dalam kesunyian
aku cuba membaca setiap personamu
membuatkan ruang hati ghairah
memahat jejak rindumu dikalbu
dalam hampa dan keresahan
mendebarkan getaran dijiwa ini

Mozaire
sajak buat kekasih yg akan jd tunang sy thn 2016
telok kumbar 11.10.2015

ULASAN

Sajak ini jiwa2 sedikit, tetapi agak pendek pengucapannya agak menarik namun semacam tergantung pula persoalan atau mesej dalam penceritaannya.Apa pun anda ada kemampuan utk menulis jika diteruskan berusaha lagi Maaf terpaksa terkeluar (TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...



8..PEJUANG BANJIR (LPK)

Wahai Pejuang Banjir
Anda adalah Insan mulia
Sanggup berkorban diri sendiri
Demi menyelamatkan mangsa
Tanpa kira makan dan minum
Tanpa hirau pada tidur yang lena
Sedia bergerak di mana dan ke mana ..
Teruskan wahai Pejuang Banjir
Rakyat jelata dambakan tanganmu
Menggapai erat jari-jemarimu,
Tiada siapa mereka menanti
Melainkan anda ketika arus menggila
Tatkala air banjir naik mendadak
Semasa musnah segala harta benda
Anda adalah penyelamat harapan mereka...

Hero Kampung
sajak utk mangsa banjir di kampung sy di Kelantan 11 Oktober 2015 4:08 PG SAJAK INI BERNASIB BAIK UTK DIBERI SEDIKIT PEMBETULAN

ULASAN

Sajak ini ada mesej yg baik .Cuma ada sadikit pembetulan agar lebih bertenaga dan mantap pengucapannya Selepas ini anda perlu mencari ungapan kata yg sesuai bagi menghidupkan puisi. Apa pun anda terpilih dan Layak Persaingan ke dua .(LPK)

nurimanja49@gmail.com berkata...

SAJAK KUMPULAN 3 DAN 4 MUNGKIN ESOK ATAU LUSA DISIARKAN ULASANNYA. OKEY

nurimanja49@gmail.com berkata...

KUMPULAN 3

9.PERTEMUAN SEMALAN HARI INI DAN ESOK (TK)

Pertemuan semalam manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah membalut hati resah untuk tenang
lupa pada kisah silam yang pilunya bukan kepalang
tetapi Pertemuan hari ini terasa madunya kian susut
bagaikan kian pudar yang mendatang
mungkin Pertemuan hari esok
aku meramalkan kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti madu itu pasti akan kembali terisi
andai pertemuan dulu diabadikan
sebagai penentu hari ini dan esok.

Julia
sajak kenangan
11/oktober/2015

ULASAN:

Thema orang muda punya biasa . Bentuk dan isi menarik bila dimain dg ungapankan pertemuan , semalam , hari ini dan esok, Cuma mesej sekadar menceritakan soal keperibadian diri sendiri. Maaf usaha lagi, Cuma di sini Terpaksa berhenti dan tertolak keluar (TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...


10.CUBA BERTANYA PADA CERMIN (TK)


bila kita mencerminkan diri
ada baliknya cuba menatap
walau seminit dengan mendalam
tanya satu soalan pada insan dicermin itu
siapakah engkau sebenarnya
meski sukar untuk dijawab……..
namun pasti ada suratan
pasrah akan menyahut biarpun pahit
namun tetap akan ditelan
kerana hidup sukar diertikan
ibarat mimpi dalam khayalan.

Seri Suri
sajak simbolik
Malim nawar 11/julai/2015

ULASAN:

Sajak simbolik berthemakan fantasi bila kita cuba menilai diri sendiri dan bercakap dihadapan cermin. Pengucapannya baik tapi masih juga menyentuh soal kehidupan diri yang berteka teki, akhirnya pasrah dlm mimpi hayalan.. Apa pun usaha lagi Maaf cuma disini sahaja dulu anda terpaksa berhenti Tertolak Keluar (TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...


11.BERKATA-KATA DISELURUH DUNIA (LPK)

andai diri aku bisa berdiri diatas persada
ingin ku berkata-kata ke seluruh dunia
tapi akan kulontarkan hanya satu kata
dengan suara yang kuat bergema
biar ia berserak tertusuk di sanubari semua
bahawa dunia ini kian hampir akan hujungnya
dunia ini sudah terlalu tua
hanya menunggu masa untuk binasa
hapuskanlah persengketaan
koyakkan segala kekejaman
lunturkan segala kejahatan
bersihkan diri dengan air suci
agar ia tidak hitam lagi
seandainya itu yang bisa kulakukan
alangkah damainya diri ini
lantaran hati tidak tertanggung lagi
melihat segala titik hitam
yang semakin membesar…

M.Hassan
sajak tentang ketidak puasan hati tapi atas sebab kerja dan utk ats dasar kawan sy terpaksa lakukan juga .Negeri Sembilan 26 oktober 2015

ULASAN:

Thema keharuan semacam anda mempunyai persoalan besar yg perlu diketahui umum . Mungkin disebab tugas bersama cerita belum sahih terpaksa dipendamkan. Pengucapannya menarik ada bentuk isi dan gaya yang tersendiri.. mesej semacam ingin mengkhabarkan sesuatu kepada dunia., Syabas! Anda Layak Persaingan ke dua (LPK)



nurimanja49@gmail.com berkata...


12.JASAD BERDIRI (LPK)


Di manakah letaknya kejujuran,
Apakah sebenarnya erti pengorbanan,
Meskipun pelbagai kesengsaraan menimpa hidupmu
walaupun kesakitan dan keperitan menjadi bebanan
tabahkan hatimu harungi pancaroba ini
demi matlamat yang kau ingin gapai
bangunlah sebagai jasad yang berdiri
di bumi bertuah ini dengan semngat waja

Abang Japp
sajak memberi semangat
Merlimau 11.malam 12 Oktober 2015 1:07 PTG

ULASAN:

Thema perjuangan untuk siapa sahaja agak universal. Pengucapannya agak mudah dan senang dimengertikan ada rasa semangat patriotic jika seorang itu perjuang atau pemimpin politik yg ingin membangunkan negaranya . Syabas Anda Layak persaingan Ke dua (LPK)


M.Hassan berkata...

qalam mengulas mcm dia tahu sahaja sy ada ketidak puas hati kt seseorang sbb berbeza pendapat tp sapa org tu sy x boleh bagitahu sbb nk kna jga nama baik dia jgk sbb dia sahabat sy cuma kami berbeza pendapat dlm hal-hal tertentu

Dian papinjey berkata...

aku dah agak dh aku tersingkir awal

Seri suri berkata...

aik? ingatkan boleh menang sbb sajak sy lebih kpd cuba menilai diri sendiri tp xda rezeki la kali ni

Sarjan Husin berkata...

mana atuk en nuri tau dia tu ahli falak ke tau zaman ke depan ni?

Datuk Hasbi berkata...

misteri la mcm mna atuk en nuri tahu zaman ke hadapan ni?

nurimanja49@gmail.com berkata...

KUMPULAN 4.

13.AKU PERKASA MENCARI PENDERHAKA (LPK)

Kuharungi sungai kususur bukit
hingga ke gua yang silam
aku bagaikan perkasa mencari penderhaka
Aku tidak pandai berselindung
kerna suaraku tak mungkin semerdu seruling
Aku baru pulang dari tanah Makkah yang suci
ingin kulihat tanah darahku tanpa penjajah
kubaca Jamaluddin Al-Afghani
kugenggam ideologi Rashid Redha
Aku pulang dengan siap sedia
mula sebagai anak jantan perkasa
siap sedia menitiskan darah ke ranting
Mutiara tetap mutiara
meskipun terpendam di perut tiram
jauh pada dasar lautan!


Pak Kassim
sajak ketika selesai menghadiri ceramah ustaz zahazan
6 pagi di teluk kumbar12 Oktober 2015 1:15 PTG
ULASAN:
Pengucapan Pak Kassim nampak lantang bersemangat patriotik dlm tajuk puisinya Pekasa mencari pendurhaka . Mesej tegas yang dicatat Sebagai satu peringatan buat pendurhaka yang sengaja menimbulkan keteganggan di negeri atau negara ini. Apa pun penutup agak suspen sedikit sebaiknya perlu diperkemaskan lagi > Harap maklum diterima dan diberi peluang utk (LPK)

nurimanja49@gmail.com berkata...


14.LANGIT BIRU AWAN PUTIH GEBU (LPK)

Aku melihat ke langit biru
tiada awan putih gebu
lautan langit begitu meluas
tenang dan masih membiru
dapat ku rasakan angin meniup lembut
saat ku terbang tinggi dengan sayap gah
menjuru terbang ke laluan destinasi
dan aku tetap masih terbang
senyap indah sesunyi kedamaian dihati
dirimu sudah pergi menghilang sepi
aku tidak tahu khabaran mu yang menyayat hati
aku tidak sanggup menerima beritamu yang ngeri
aku tidak mahu pengakhiran mu terkubur dilautan hindi
aku enggan mahu menitis air mata ini
aku enggan mahu percaya sebenarnya
untuk ku terima kebenaran tragis begini

Saizul Maizav
sajak kesedihan utk MH370 yg hilang di lautan hindi
ayir itam 8 mac 2015

ULASAN:

Penuh tenaga nampaknya menghasil puisi mesej kesedihan ini. Banyak puisi yg lahir drp penulis puisi akibat tragidi MH370 ini berbagai bentuk isi dan gaya tulisan diluahkannya.Apa pun puisi anda ini kalau di susun bait-baitnya dg penuh teliti pasti menghasilkan sebuah puisi yg lebih mantap dan berkesan buat khalayak menekmatinya.Usaha lagi anda terpilih diberi peluang ke pusingan ke dua (LPK).

nurimanja49@gmail.com berkata...



15.TENGGELAM OLEH CINTA (TK)

Aku tenggelam oleh cinta
cinta yang hanya satu warna
menyakiti hati ini
saat aku di permukaan cinta
indah nya senyuman bulan
hangatnya pelukan matahari
memekarkan bunga-bunga di hatiku
kini semua telah dirubah
cintaku telah layu
mengharapkan cahaya darimu
yang tak bisa tergeserkan
terperangkap di samudera cinta
hilang untuk menemukan dataran cinta

Arif Bakar
Sajak kenangan apabila kekasih diambil org
Yong Peng 8 malam 12 Oktober 2015 1:16 PTG

ULASAN:

Thema cinta kisah org muda punya biasa .Pengucapannya agak menarik. Cuma mesej yg hendak disampaikan tentang kekecewaan setelah jatuh cinta,.lebih menyakitkan hati bila kekasih hati diambil org. Kisah sedikit soal peribadi sebagai satu daya bagi anda meluahkan segala perasaan dalam berpuisi. Anda ada harapan utk terus menulis, usaha lagi . Maaf Cuma di sini (TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...



16.HATI TERLUKA (TK)

Ada hati yang terluka,
Ada tangisan di bibir
Ada derita merintih dijiwa,
Ada jiwa tiada bernyawa…
Hati ini sedih sekali,
Ada derita silih berganti,
Ingin pergi membawa diri,
Moga luka boleh diubati,
Moga jiwa hidup kembali,
Moga hati tidak mati,
Moga derita berlalu pergi….

An Saley
sajak sedih
Pagoh 22.sept.2015

ULASAN:

Sdra An Saley juga menulis sajak org muda punya biasa . Tetapi ada sedikit kelaian ungapannya bagaikan bermadah pula atau pantun nasihat atau doa pada hati yg terluka bercampur sedih. Apa pun usaha lagi utk terus menulis cari thema yg lain pula yg lebih mencabar. Maaf Cuma di sini dulu (TK)



nurimanja49@gmail.com berkata...

Okey!
Selesai 4 Kumpulan kelayakan pusingan ke dua . okey!