Rabu, 28 Oktober 2015

AWAS! PENGUTIP DERMA YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI



103. AWAS! MENGUTIP DERMA YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI


Awas! Jika kalau  ada orang datang ke rumah tidak dikenali
Berlagak semacam mengutip derma dan penjual makanan
Kekadang ada juga yang berlagak dan berlakon sebagai tabligh
Malah ada juga yang menjual cabutan bertuah dan gores
Memperbaiki tali gas dan rawatan air bersih atau anti denggi

Jangan sesekali terus buka pintu jika ada orang beri salam
Atau mengetuk pintu rumah anda kena periksa dan lihat dahulu
Adakah mereka punya surat akuan kebenaran polis kawasan
Ada juga yang datang seorang dua tiga orang atau berkumpulan
Pandai bercakap dan mempengaruhi hati dan perasaan kita

Apa yang paling ditakuti jiran tiada dan tinggal keseorangan
Masa itulah mereka masuk dan berjaya mempengaruhi kita
Lantas melakukan apa sahaja mencuri barang jika berkumpulan
Seperti dompet duit , handphone, jam tangan, barang kemas
Setelah mereka pulang kita baru terasa ada benda yang hilang.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 8.00 pagi
Isnin , 26 Oktober 2015.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Awas! dalam kehidupan kita hari ini berbagai cara dan gaya org ingin menipu dan memperdaya dengan bergai helah dan cara yg tersembunyi.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Seorang India muslim berlagak dengan berbagai wajah dan watak sebagai pengutip derma utk mangsa-mangsa akibat bencana alam , perang dan sebagainya.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ada yang bergerak sendirian , berdua atau secara kumpulan. ada juga berlaggak sebagai pegawai kasihatan masuk rumah orang dua tiga org lepas itu ada barang yg lesap setelah mereka pergi . Sebenarnya mereeka bukan pegawai kasihatan yg sebenar .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ada juga yang datang kutip derma selepas maghrib atau solat isyak kononnya tadi tak sempat datang , penderma ini pandai kelentong dan memilih rumah org yang berada dan tertentu saja .

nurimanja49@gmail.com berkata...


Pengutip derma ini biasanya kalau kita bagi duit mereka enggan memberi resit , kecuali bila kita minta . Pengutip derma ini biasanya bergerak bersendirian kononnya mewakili anak yatim , sekolah agama, dan membina masjid.