Jumaat, 30 Oktober 2015

KISAH PEPOHON RENDANG ITU


 
KISAH PEPOHON RENDANG ITU


Pepohon rendang itu
Kini sedang dipukul rebut
Dari angin semuntal mabuk kuasa
Maka bergoyang pohon rendang itu
Dari batang  dahan, cabang dan ranting
Untuk melemahkan  sedikit  kuasa mutlak
Yang telah diberi pada pucuk pimpinan tertinggi

Sebenarnya pada dedaun
Sudah  panik di pepohon rendang itu
Kerana ada juga dedaun menerima hasutan
Bertiup untuk mematahkan  pucuk pepohon itu
Harap agar akar umbi batang dahan cabang dan ranting
Tetap mengukuhkan kembali kekuatan kehidupan  seharian
Demi mengekalkan kembali dedaun nan rimbun di pohon rendang itu …

Oleh: Nuri manja,
Catatan tengah hari
14/08/2014 Gambar cuma hiasan.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Pagi isi seksa nak terbit puisi , semuanya jadi bercempera bila nak terbit puisi murit meninggal di Tk Kumbar . kami batalkan sahaja

nurimanja49@gmail.com berkata...


Kami ganti dengan puisi simbolik dan sinis sedikit ada berbau politikus
bagi yang faham sahaja . kalau tak faham elok lah tak perlu faham . selamat tak sakit kepala .

nurimanja49@gmail.com berkata...

2014 paling banyak en nuri menghasilkan puisi politik kebetulan tahun tersebut ramai Yb dan bekas Yb meninggalkan alam fana ini.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Apa pun nilai pahala nya hanya Allah yang maha Mengetahui . kita sekadar berdoa semoga roh mereka di tempatkan bersama orang beriman dan baik-baik belaka . Amin Al Fatehah.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sekian salam jumaat yang baik daripada Allah yang kurang baik dan lemah itu drp kami sendiri . Harap maaf dan maklum.