Selasa, 20 Oktober 2015

SEORANG PENGEMBARA DI HUJUNG SENJA





94. SEORANG PENGEMBARA DI HUJUNG SENJA


Seorang pengembara lelaki tua aku terasa amat kesihan
Sekian lama dia telah  mengembara jauh di dunia fana ini
Sehingga kini gigih walaupun usianya kian  di hujung senja
Segala-segala baginya mungkin semacam tidak indah lagi
Sayangnya agak pelik dan aneh  seorang pengembara tua ini
Sungguh berbeza semangat dengan usianya yang ketara
Sehingga dia sanggup mencabar kewibawaan siapa saja
Segala apa yang pemerintah lakukan kini adalah salah padanya
Sungguh hebat dan mempersonakan menilai semangat tuanya
Seolah-olah ada saja orang lain tidak kena dan gagal padanya
Segala tingkah lakunya amat ketara dan berbeza di waktu muda
Semacam ada sahaja kerenah yang dicari dan dikeritikkannya
Sampai orang ramai yang tidak tahan lagi dengan sikap tingkah lakunya
Sengaja berani melemparkan ungkapan kata keji dan caci kepadanya.
Sedangkan dahulu namanya terkenal dan jasanya gah seluruh dunia
Sayangnya sehingga kami tidak mengerti apakah niat  yang dia hajati.


Oleh: Pena Runcing
Catatan jam 6.35 pagi Jumaat
Bersamaan 16 Oktober 2015.

18 ulasan:

Geletek Malam berkata...




WALAU JATUH TETAP BANGUN

Anak muda itu kini dewasa
akal bicara dan lantang bersuara
bermain dan cuba melambung gelombang
selalu berlari di pesisir tebing
berjabat tangan langkah berani
Adat berlari jatuh tapi terus bangun
terantuk tidak terus termenung
hati mahu rasa mentafsirkan malam
hayat ini tidak mesti panjang
tergelincir dan terhumban tanpa diduga
bergelumang jatuh ke kubang berlumpur
tetapi jangan hilang keyakinan

Geletek Malam
sajak sambungan pejuangan
maaf qalam sy xda idea nk buat sajak lain
jadi sy buat sajak bersambung-sambung
Bukit aman

Pak Kassim berkata...



SETENGAH ABAD

Telah setengah abad aku bertatih dan berjalan
menyeberangi sempadan sejarah usia
telah setengah abad aku menyusun kembara
merentasi sempadan dan liku sejarah hayat.
Aku telah mengenali budi manusia
yang memburu pelangi di muara munajat
menampi debu hidup di kota metropolitan
menjalin rona kehidupan di pedalaman
yang ku lihat berwarna-warni
kerna aku bagaikan seorang mualim
menyaring warna dosa dan dosa pahala.

Pak Kassim
sajak simbolik
Sungai Petani

Penyair Agung berkata...



KHAZAHAN TUHAN

Seandainya lautan itu
esoknya kering menjadi garam
terapung segala khazanah dasaran
terpana hati seorang insan
melihat selautan limpahan khazanah tuhan…
Andai rezeki kurniaan Ilahi itu
terbentang seluas lautan
tanpa halangan ia hanya perlu dikutip
pastinya ada di antara
hati itu akan tersungkur oleh bebanan
Sedarlah mereka limpahan rezeki di depan mata
memerlukan setitik keringat
tapi pulangannya segenggam dan mungkinberganda
Tiada khazanah lautan tanpa direnang…
tiada rezeki dasaran tanpa diselam…

Penyair Agung
sajak ketuhanan
Ulu Tembeling

Pak Ya Nyabo berkata...




TERBANG

aku sebenarnya telah lama terbang
mencari suara yang kuat dan bergema itu
ke mana asalnya suara itu datang
bertahun aku mencari dan mencari
hinggakan pengembaraan yang panjang ini
telah membuatkanku tenat dan lelah
tapi yang hanyaku temui adalah
pertemuan matahari, rimba dan lautan?
aku kini bagikan merpati yang paruhnya
hanya dijerut rantai konspirasi
tapi aku terus terbang dengan berani
walau terpasung dalam sangkar derita
melebur ketika mimpi takdir menyatu.
jangan lenakan dulu mimpi itu
kerana esok adalah takdir
tatkala impianku kini bagaikan
terus dikelar oleh pedang persengketaan

PAK YA NYABO
sajak sinis
tanjung piandang 17oktober

Adiwira Angkasa berkata...





ALAM DAN MANUSIA

tanah yang subur disini
cuma hanya berlangitkan iklim Khatulistiwa
bersama hujan sepoi-sepoi bahasa
tapi tidak pula buat pohon yang pelbagai rupa
kerana ia merimaskan yang ingin menyusur akar
tapi cuma tebing bertaut kukuh
haruman mawar pula mewangikan
di seluruh kehijauan daun
nikmat buah dan tumbuhan dirasai bersama
kicauan burung memanjat kesyukuran
bulan bintang berdoa ke hadrat ilahi
alam kemanisan inilah yang harus tertanam
dijiwa manusia yang kian merentasi sempadan dengki
kerana selama aku berkebun di sini
semua alam bangga bersama berpadu tenaga
membara cintakan kedamaian menjulang setia
sifat yang tak ternilai harganya

Adiwira Angkasa
sajak simbolik buat manusia yg suka mendengki
Sekinchan 21 oktober

M.Hassan berkata...




JAHIL

Jahil menangkap minda memerangkap maruah
menghancurkan hidup ceria
meranapkan impian dijulang
lantaran bermahkota durjana.
Usahlah dipandang lagi
kebodohan yang bermaharajalela
melumat segala suka menjelmakan kepayahan
diri sendiri bahana kekhilafan mencengkam diri.
Kini lancarkan sebuah perang
di medan globalisasi
mencairkan segala sengsara
bersenjatakan ilmu yang dijana
berhunuskan pedang pengetahuan
agar lumat penoda yang selama ini
mewarnai diri remaja jiwa anak belia.

M.Hassan
sajak memberi semangat
N.sembilan

Sarjan Husin berkata...



KEBEBASAN

Jika diundurkan tika
Kau akan lihat masa dulu kala
Terlihat betapa pentingnya perjuangan
betapa besar agung Jasa
keringat mereka taburkan
Wang, tenaga, masa dan fikiran
Hanya didambarkan untuk perjuangan
Satu perjuangan yang lahir dari jiwa
yang terbit dari naluri murni suci
Setiap langkah hanya untuk anak cucu
Untuk lihat lahirnya negara bangsa
Perjuangan mesti diteruskan
Hanya itu jalan penyelesaian
Langkah kaki mesti dipercepat
Kerana itu cara perjuangan
Kelompok pimpinan diperkuat
Hati masyarakat semua ditambat
Perjuangan ini murni suci
Hanya ingin satu kebebasan

Sarjan Hussin
sajak memperjuangkan kemerdekaan
20 oktober

Hero Kampung berkata...


TIDAK DIJUMPAI

Kelabu malam terbias cahaya…
menampakkan kesan tercalar dimuka…
merobek digiris kerana sengketa…
baru ku megerti apa itu luka…
Meredah hutan menyelak lalang…
menebas halangan mencari permata…
terlibas wajah terus menghilang…
Adakah aku sama seperti mereka…
melakukan juga segala dusta…
aku pasrah menerima
menggapai awan mencari jawapan
namun yang dicari tidak jumpai

Hero Kampung
Sajak simbolik
Kota Bahru

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ada sajak yang ada kemampuan QM pilih dan memberi sedikit pembetulan tetapi mesejnya tidak lari tetap sama ,,, Harap maklum.

nurimanja49@gmail.com berkata...


PUSINAGAN KE 3 FINAL AKHIR

1.WALAU JATUH TETAP BANGUN (TK)

Anak muda itu kini dewasa
akal bicara dan lantang bersuara
bermain dan cuba melambung gelombang
selalu berlari di pesisir tebing
berjabat tangan langkah berani
Adat berlari jatuh tapi terus bangun
terantuk tidak terus termenung
hati mahu rasa mentafsirkan malam
hayat ini tidak mesti panjang
tergelincir dan terhumban tanpa diduga
bergelumang jatuh ke kubang berlumpur
tetapi jangan hilang keyakinan

Geletek Malam
sajak sambungan pejuangan
maaf qalam sy xda idea nk buat sajak lain
jadi sy buat sajak bersambung-sambung
Bukit aman/20 Oktober 2015 9:39 PTG

ULASAN:

Sajak yang ketiga oleh sdra GM thema masih bersiri semangat perjuangan dalam kehidupan. Pengucapankanya biasa . Mesej nya ada sedikit berbeda terutama buat genarasi muda terkini, Agar jagan mudah mengalah , biar jatuh atau tergelincer tetapi perlu bangun kembali perjuangan buktikan jatidiri agar jangan hilang keyakinan dan pegangan kpdNya. Apa pun makasih di atas sumbangan anda sebuah motosikal agaknya (TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nurimanja49@gmail.com berkata...


2.SETENGAH ABAD (TK)


Telah setengah abad aku bertatih dan berjalan
menyeberangi sempadan sejarah usia
telah setengah abad aku menyusun kembara
merentasi sempadan dan liku sejarah hayat.
Aku telah mengenali budi manusia
yang memburu pelangi di muara munajat
menampi debu hidup di kota metropolitan
menjalin rona kehidupan di pedalaman
yang ku lihat berwarna-warni
kerna aku bagaikan seorang mualim
menyaring warna dosa dan dosa pahala.

Pak Kassim
sajak simbolik
Sungai Petani/20 Oktober 2015 9:40 PTG

ULASAN:

Sajak ke tiga sumbangan PK masih juga berligar denang thema semboliknya Mesej biasa dalam kehidupannya sepanjang usia 50 tahun perjalanan meniti senja . Banyak pengelaman yg dia perolehi sejak di zaman kecil dahulu hingga dewasa kini , tentu dapat mempelajarinya dan membezakan erti sebuah kehidupan di antara kota dan desa.kini cuba melihat dan menilai gelagat kehidupan manusia dalam warna melakukan dosa dan pahala. Maaf Cuma di sini terskan usaha lagi .(TK)



nurimanja49@gmail.com berkata...



3.KHAZAHAN TUHAN (LM) 2 (ketuhanan)

Seandainya lautan itu
esoknya kering menjadi garam
terapung segala khazanah dasaran
terpana hati seorang insan
melihat selautan limpahan khazanah tuhan…
Andai rezeki kurniaan Ilahi itu
terbentang seluas lautan
tanpa halangan ia hanya perlu dikutip
pastinya ada di antara
hati itu akan tersungkur oleh bebanan
Sedarlah mereka limpahan rezeki di depan mata
memerlukan setitik keringat
tapi pulangannya segenggam dan mungkin berganda
Tiada khazanah lautan tanpa direnang…
tiada rezeki dasaran tanpa diselam…

Penyair Agung
sajak ketuhanan
Ulu Tembeling /20 Oktober 2015 9:40 PTG

ULASAN:

Sajak ketiga sdra PA thema ketuhanan, Pengucapannya bagaikan membayangkan sesuatu dalam erti kata keandainya: tuhan menjadikan rezeki terlalu mudah dan senang diperolehi, manusia pasti jadi pemalas dan tidak mahu berfikir panjang, tidak lagi mahu berusaha dan ikhtiar . Hidup pun bagai tidak punya erti apa-apa lagi Begitulah juga seandainyalah intan lebih banyak dari kaya, intan pula tidak berharga sama dengan batu jalan , mungkin kaca pula lebih berhaga dari itan atau belian. Semuanya dinilai daripada seandainyalah. Tetapi Allah tidak buat begitu.layak menang tepat ke dua . (2)

nurimanja49@gmail.com berkata...




4 TERBANG (LM) 4 (Politik)

aku sebenarnya telah lama terbang
mencari suara yang kuat dan bergema itu
ke mana asalnya suara itu datang
bertahun aku mencari dan mencari
hinggakan pengembaraan yang panjang ini
telah membuatkanku tenat dan lelah
tapi yang hanyaku temui adalah
pertemuan matahari, rimba dan lautan?
aku kini bagikan merpati yang paruhnya
hanya dijerut rantai konspirasi
tapi aku terus terbang dengan berani
walau terpasung dalam sangkar derita
melebur ketika mimpi takdir menyatu.
jangan lenakan dulu mimpi itu
kerana esok adalah takdir
tatkala impianku kini bagaikan
terus dikelar oleh pedang persengketaan

PAK YA NYABO
sajak sinis
tanjung piandang 17oktober

ULASAN:

Sajak sdra PYN thema sinis ada berbau politik . Pengucapannya simbolik juga, mesejnya semacam mencari suara kebenaran dan mempertahankan hak perjuangan demi agama bangsa dsan negara . Bila diri sudah terasa semacam kehilangan peganggan hati amat kecewa seperti dipermainkan oleh suara yang dicari? Ditambah pula dengan datang aliran baru yang kian mencelarukan lagi minda kita Adakah ini taqdir? Dalam usaha kerjasama suara-suara yg sumbang, kini hati cukup terluka memikirkannya dalam masalah persengketaan menilai suara-suara bagaikan tidak keharuan lagi . anda sekadar layak menang tempat ke empat (4)


nurimanja49@gmail.com berkata...





5ALAM DAN MANUSIA (LM) 1 Perbandingan

Tanah yang subur disini
cuma berlangitkan iklim Khatulistiwa
bersama hujan sepoi-sepoi bahasa
tapi tidak pula buat pohon yang pelbagai rupa
kerana ia merimaskan yang ingin menyusur akar
tapi cuma tebing bertaut kukuh
haruman mawar pula mewangikan
di seluruh kehijauan daun
nikmat buah dan tumbuhan dirasai bersama
kicauan burung memanjat kesyukuran
bulan bintang berdoa ke hadrat ilahi
alam kemanisan inilah yang harus tertanam
dijiwa manusia yang kian merentasi sempadan dengki
kerana selama aku berkebun di sini
semua alam bangga bersama berpadu tenaga
membara cintakan kedamaian menjulang setia
sifat yang tak ternilai harganya

Adiwira Angkasa
sajak simbolik buat manusia yg suka mendengki
Sekinchan 21 oktober 2015

ULASAN:

Buat sajak yang ke tiga drp sdra AA thema simbolik dalam kehidupan manusia Bunyi pengucapannya bersahaja namun ada daya puitisnya ,Mesejnya juga menarik terasa bagaikan penulis ingin membawa perasaan kita untuk mengenali kehidupan seumpama alam yang ada kemesraannya diantara satu sama lain yang boleh menghidupkan suasana aman damai sejahtera alam . Soalnya mengapa kita manusia tidak mahu mencontohinya ? Masih iri hati dan suka bersikap hasad dengki, kini berfikirlah ?. Syabas! karya ini boleh menjana minda , layak di beri tempat pertama dalam sayembara kali ini (1)

nurimanja49@gmail.com berkata...


6 JAHIL (TK)

Jahil menangkap minda memerangkap maruah
menghancurkan hidup ceria
meranapkan impian dijulang
lantaran bermahkota durjana.
Usahlah dipandang lagi
kebodohan yang bermaharajalela
melumat segala suka menjelmakan kepayahan
diri sendiri bahana kekhilafan mencengkam diri.
Kini lancarkan sebuah perang
di medan globalisasi
mencairkan segala sengsara
bersenjatakan ilmu yang dijana
berhunuskan pedang pengetahuan
agar lumat penoda yang selama ini
mewarnai diri remaja jiwa anak belia.

M.Hassan
sajak memberi semangat
N.sembilan

ULASAN:

Sdra MH hamper ketiga buah puisi anda mengetengahkan thema dan mesej yg agak sama, semacam ada sesuatu yg kurang menyenangkan hati dengan sesaorang atau satu keadaan yang sepatutnya diceriakan bukan menambahkan lagi kekalutan dan kegawatan yang kian melanda kesetabilan suasana kehidupan kita. Amat merbahaya kalau kita tidak bermuhasabah diri serta pasrah kepada yang maha kuasa , kerana takdir tidak siapa dapat melawannya. Sebaiknya kita cuba mengelak dari kemungkaran dan berusaha mencari jalan ke arah kebenaran dan diredhai Allah SWT..Semoga baik di dunia dan baik juga di akhirat. Amin Maaf Cuma di sini (TK)



nurimanja49@gmail.com berkata...


7.KEBEBASAN (TK) 3 Perjuangan

Jika diundurkan semula
Kau akan lihat masa dulu kala
Betapa pentingnya perjuangan
Betapa agung Jasa pewira
Keringat yang mereka taburkan
Wang, tenaga, masa dan fikiran
Hanya didambarkan untuk kemenangan
Satu perjuangan yang lahir dari jiwa
Terbit dari keikhlasan hati suci
Setiap langkah kami hanya untuk anak cucu
Untuk membela negara dan bangsa
Perjuangan kami mesti diteruskan
Hanya itu jalan penyelesaian
Langkah kaki mesti dipercepat
Kerana itu cara perjuangan
Kelompok pimpinan diperkuat
Hati masyarakat semua ditambat
Perjuangan ini adalah suci dan murni
Demi satu kebebasan untuk negara tercinta ini.

Sarjan Hussin
sajak memperjuangkan kemerdekaan
20 oktober

ULASAN:

Buat sdra SH sajak ketiga thema perjuangan kemerdekaan ,pengucapannya agak mudah difahami ,namun ada sedikit pembetulan agar tidak lari dari maksud asalnya. mesej menceritakan perjuangan seorang pewira yang berjuang dan bekorban apa saja utk keamanan bangsa dan negara .Malah sanggup menggadaikan segala, nyawa, tenaga, masa, wang dan buah fikiran demi mempertahankan kemerdekaan Justeru itu masyarakat sepatutnya mengenang dan menilai jasa hidup matinya seorang perwira atau perjuang bangsa. Layak menang untuk tempat ke tiga (3)

nurimanja49@gmail.com berkata...



8TIDAK DIJUMPAI (TK)

Kelabu malam terbias cahaya…
menampakkan kesan tercalar dimuka…
merobek digiris kerana sengketa…
baru ku megerti apa itu luka…
Meredah hutan menyelak lalang…
menebas halangan mencari permata…
terlibas wajah terus menghilang…
Adakah aku sama seperti mereka…
melakukan juga segala dusta…
aku pasrah menerima
menggapai awan mencari jawapan
namun yang dicari tidak aku jumpai ..

Hero Kampung
Sajak simbolik
Kota Bahru/20 Oktober 2015 9:41 PTG

ULASAN:

Sajak ketiga sdra HK masih berthema simbolik.Pengucapanya agak tersembunyi namun tidak dapat lari drp persengketaan berbau politik Apa pun begitulah keadaannya kehidupan kita selama ini, dlm sebuah negara merdeka bebas bersuara .terlalu sukar mencari jawaban dimana kebenaran yang dilaungkan?, jika ramai yang beranggapan setiap suara yang datang memujuk kita penuh dengan tipu daya ? mana mungkin kita menjumpai kebenaranya . Maaf Cuma di sini (TK)