Jumaat, 9 Oktober 2015

AWAS! IMAN KITA JUGA BOLEH TERCABUT





86.AWAS! IMAN KITA JUGA BOLEH TERCABUT

Iman seorang juga boleh tercabut bila kita menolak
Bila tidak bersyahadah kepada dua syahadahtain
Malah iman juga boleh tercabut bila kita beritiqat
Terutama pada hati, perbuatan dan ungkapan kata
Contoh paling mudah berniat dalam hati kita terasa
Karut Islam buat apa solat puasa, zakat dan kerja haji
Pada perbuatan pula kita menyangka kita perlu sujud
Pada pokok, busut, sungai gunung, hantu jin, syaitan,
Lalu kita pun meminta pada dukun, bomoh atau pawang
Mereka boleh bantu menyelesaikan masalah kita seharian.
Pada ungkapan kata pula kita sering terlupa atau sengaja
Alamak, Ya Rabbi budak ini?, Tok Pawang ini ada kuasa
Kalau bukan kerana doktor merawat kami dah lama mati
tiga perkara yang perlu kita jaga dan pelihara setiap masa
Agar iman kita tidak mudah tercabut dari hati kita semua
Maka waspada lah pada niat, perbuatan dan ungkapan kata kita


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7.40 pagi
Hari Jumaat 9 Oktober 2015.

15 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Mengucaplah dalam dua kalimah syahadah seperti mana yang melayakkan seoramng itu memeluk agama Islam

nurimanja49@gmail.com berkata...

Mengucaplah dalam dua kalimah syahadah seperti mana yang melayakkan seoramng itu memeluk agama Islam

nurimanja49@gmail.com berkata...

Bahawa aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik syaksi Nabi Muhamad itu pesuruh Allah .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Selepas kita jadi Islam baka atau Baru masuk iman kita atau aqidah kita juga boleh tercabut dengan tiga perkara ini , niat dalam hati, tingkah laku kita dan ungapan kata kita.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Contoh niat dalam hati, tetiba kata terlintas dalam hati dengan niat buat apa aku solat bukan dapat apa ? sudah tercabut iman seorang .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Contoh perlakuan kita , jumpa busut atau pokok kita sembah minta bantuan number ekor atau letak kepercayaan 100% pada bomoh atau tukang tenun nasib. juga tercabut iman seoorang muslim

nurimanja49@gmail.com berkata...

Contoh ungapan kata pula seperti Allah mak . Ya Rabbbi budak ini, Mak kita bukan Allah, Tuhanku budak ini. dan sebagainya .
Justeru itu bila kita tercabut iman kembalikan dg mengucap dua kalimah syahadah . Hanya org yg mengerjakan solat 5 waktu tidak tinggal kalau murtad pagi akan Islam balik sebelah petang dan malam nya. Walla huaklam.

Dian papinjey berkata...

sajak kumpulan 4 dilepaskan

Pak Kassim berkata...

AKU PERKASA MENCARI PENDERHAKA

Kuharungi sungai kususur bukit
hingga ke gua yang silam
aku bagaikan perkasa mencari penderhaka
Aku tidak pandai berselindung
kerna suaraku tak mungkin semerdu seruling
Aku baru pulang dari tanah Makkah yang suci
ingin kulihat tanah darahku tanpa penjajah
kubaca Jamaluddin Al-Afghani
kugenggam ideologi Rashid Redha
Aku pulang dengan siap sedia
mula sebagai anak jantan perkasa
siap sedia menitiskan darah ke ranting
Mutiara tetap mutiara
meskipun terpendam di perut tiram
jauh pada dasar lautan!


Pak Kassim
sajak ketika selesai menghadiri ceramah ustaz zahazan
6 pagi di teluk kumbar

Saizul Maizav berkata...


LANGIT BIRU AWAN PUTIH GEBU

Aku melihat ke langit biru
tiada awan putih gebu
lautan langit begitu meluas
tenang dan masih membiru
dapat ku rasakan angin meniup lembut
saat ku terbang tinggi dengan sayap gah
menjuru terbang ke laluan destinasi
dan aku tetap masih terbang
senyap indah sesunyi kedamaian dihati
dirimu sudah pergi menghilang sepi
aku tidak tahu khabaran mu yang menyayat hati
aku tidak sanggup menerima beritamu yang ngeri
aku tidak mahu pengakhiran mu terkubur dilautan hindi
aku enggan mahu menitis air mata ini
aku enggan mahu percaya sebenarnya
untuk ku terima kebenaran tragis begini

Saizul Maizav
sajak kesedihan utk MH370 yg hilang di lautan hindi
ayir itam 8 mac 2015

Arif Bakar berkata...


TENGGELAM OLEH CINTA

Aku tenggelam oleh cinta
cinta yang hanya satu warna
menyakiti hati ini
saat aku di permukaan cinta
indah nya senyuman bulan
hangatnya pelukan matahari
memekarkan bunga-bunga di hatiku
kini semua telah dirubah
cintaku telah layu
mengharapkan cahaya darimu
yang tak bisa tergeserkan
terperangkap di samudera cinta
hilang untuk menemukan dataran cinta

Arif Bakar
Sajak kenangan apabila kekasih diambil org
Yong Peng 8malam

An Saley berkata...



HATI TERLUKA

Ada hati yang terluka,
Ada tangisan di bibir
Ada derita merintih dijiwa,
Ada jiwa tiada bernyawa…
Hati ini sedih sekali,
Ada derita silih berganti,
Ingin pergi membawa diri,
Moga luka boleh diubati,
Moga jiwa hidup kembali,
Moga hati tidak mati,
Moga derita berlalu pergi….

An Saley
sajak sedih
Pagoh 22.sept.2015

Badrolshah berkata...

wah! mcm mana dia tahu zaman ke depan

Mat Noh berkata...

eh! sapa atuk en nuri tu???

Raja Muda berkata...

eh! mmg ajaib dia tahu masa depan