Jumaat, 23 Oktober 2015

RENUNGILAH BELANJAWAN NEGARA KITA



 

100. RENUNGI LAH BELANJAWAN NEGARA KITA


Siapa yang membantah atau menyokong sama sahaja
Orang bawahan atau atasan akan menghadapai cabaran
apa yang penting jika kita pandai berbelanja cara berhemah
tidak terlalu boros dan tidaklah pula terlalu menyekat semua
berbelanja lah apa yang patut dan beli secara sederhana

Makanlah  dan minum lah rezeki daripada Allah S.W.T itu
Tetapi jangan berlebihan boleh mendatang kan mudarat pula
Jangan membazir berbelanja membeli apa yang sudah ada
Utamakan apa yang belum ada beli dengan harga yang patut
Jika kita pandai berjimat cermat hidup kita tindakan terbantut.

Apa yang ada itulah rezeki kita yang dikurniakan oleh Allah
Bukan berusaha merebut dan merampas rezeki di tangan orang
Kemudian banyakkan berusaha berikhtiar berdoa dan bersabar
Sebaiknya kuatkan tekad dalam menguruskan kehidupan seharian
Kerana Allah menjamin setiap rezeki  itu tidak pernah berkurang


Oleh:Tinta Azimat
Catatan Jam 5.15 pagi
Hari Jumaat 23 Oktober 2015


6 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Weee! Dah datanglah petang ini jam 3 ptg belanjawan negara kita akan dibentang . Siapa sokong dan Siapa pula yang tak sokong ?

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kita org kampung dah hantar wakil Rakyat yg kita pilih dan pangkah sama ada dia sokong atau bantah ikut suka dialah > Apa yang penting harap tidak bersedeh tidak lah gelabah .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Nanti kita dengar lah apa isi parti belanjawan negara kita pada tahun depan ? Senang ke susah ke kita orang bawah ni tanggung sajalah .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kalau nak selamat kena banyaklah berjimat belanja ikut hemat , ikut kata sedutan bait sajak Sdra Tinta Azimad .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Dulu ada seorang penulis namanya Azimad Mahmud kalau tak salah abang kepada en nuri kita , dia kerja di utusan melayu agaknya , dulu bintang timur sewaktu jadi wartawan bebas .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Apa pun kita tunggu bersama di kaca tv petang nanti , Apa nak jadi dengan belanjawan tahun ini ...Senang susah tanggung sendiri . jom minum kopi pagi ini.