Khamis, 29 Oktober 2015

BERI ZAKAT ITU WAJIB KEPADA 7 ASNAFNYA




101. BERI ZAKAT ITU WAJIB KEPADA 7 ASNAFNYA


Zakat itu wajib 2,5% harta diberikan  kepada 7 asnafnya
Amil, fakir dan miskin ,  menuntut ilmu, dan si musafir
Mereka yang dalam kesusahan berjihad ke jalan Allah
Bukan mereka yang tidak layak dan patut menerimanya

Jika yang menerima itu telah mempunyai kemampuan
Dengan datang berkereta barang kemas penuh di badan
Amatlah cukup memalukan pada si fakir dan miskin ini
Kerana zakat itu hak mereka daripada harta orang kaya

Justeru itu si penerima zakat perlulah bersikap ikhlas
Bukan berpura-pura  berlakon menjadi miskin dan fakir
Kerana jikalau  manusia memberi zakat terlepas pandang
Allah S.W.T maha mengetahui, melihat dan mendengarnya

Apabila seorang terus menerima zakat bukan lagi hak nya
Mereka akan menerima satu musibah daripada Allah S.W.T
Sebagaimana orang kaya yang tidak mengeluarkan zakat
Kebakaran, kecurian, kesakitan yang sukar untuk sembuh.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7.30 pagi
Hari Sabtu 24 Oktober 2015.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Orang kaya dan berkemampuan lebih lempahan rezekinya wajib keluarkan zakat. sama ada wang simpanan, tanaman ,ternakkan , barang kemas, mengikut syarat2nya.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kerana rezeki orang miskin itu ada dalam rezeki orang kaya, kalau kita gagal mengeluarkannya ada musibah yang menimpa sama ada disedari atau tidak disedari .

nurimanja49@gmail.com berkata...

contoh mudah wang zakat yang kita tidak keluar contoh simpan seribu cukup setahun kena keluar RM25.00 kalau 10 ribu kalau 100 ribu . kali dan cari berapa jumlahnya.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kalau tidak dikeluarkan juga. Musibah akan menimpa kita, 1. kehilangan barang yg disayanginya. 2. kecurian harta benda kereta, motosikal dll. 3kebakaran harta kita rumah, kilang dan sebagainya, 4 sakit berpanjang tidak mahu sembuh sama ada kita atau keluarga kita.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Jadi keluarlah zakat harta kita Allah akan tambah lagi rezeki kita kerana kita telah membersihkan harta pencarian kita dg berzakat. Harap jangan ada org yang tak layak terima zakat minta pula bantuan zakat ?