98, JEREBU SABAN HARI MENCUMBUI TUBUH MOGELKU
Dulu
jerebu yang sesekali datang menyapa di muka kita
Terasa
bagaikan salji lembut mesra menyentuh tubuh
Pada
mulanya ramai yang terasa terpesona dibuatnya
Kini
mulai rasa lemas gelisah bila saban hari bertemu
Dengan
rasa cumbuan panas kemarau yang memanjang.
Semalam
suhumu naik mendadak hingga ke paras
bahaya
Esok
pagi aku tidak akan keluar untuk bermesra bersamamu
Terpaksalah
aku berkurung dalam rumah dan kamar tidur ku
Kerana
kau kini begitu rangkus ingin menodai tubuh mogelku
esok
kau cuma dapat melihat aku di jendela kaca kamar tidurku.
Hari
ini aku cukup meragui jika I.C.U bertukar warna kuning
Pasti
aku tidak akan membuka lagi jendela kaca kamar tidurku
Aku
fikir kau sepatutnya sila berundur bila angin sepoi berlalu
Tetapi
kini kian ghairah menguasai suasana panas kemaraumu
Apakah
kau satu musibah bala kecil yang datang tersembunyi?
Oleh:
Nuri Manja,
Catatan
jam 7.00 pagi
Khamis Tanggal 22 Oktober 2015.
Khamis Tanggal 22 Oktober 2015.
5 ulasan:
Syukur Alaham dulillah jerebu hari ini dah mulai kurang sedikit bacaan I.C.U. banyak negeri berada dalam keadaan selamat dan kembali sihat .
Berbeza dengan sebelum ini hari-hari kita baca I.C.U dengan keadaan yang cukup membimbangkan dan meraguinya Kurang sihat, tidak sihat dan amat tidak sihat .
Mujurlah kita masih selamat tidak masuk dalam keadaan warna kuning. Tetapi yang hairannya orang -orang di Indonesia buat dak saja walaupun I.C.U naik ke angka 1000 lebih warna kuning ...
Amat merbahaya jika debu halus itu ada mengandungi racun , malah angka kematian juga sudah menikat di Indonesia . Kuat sungguh iman mereka walaupun mereka sudah tahu tuhan mulai bosan melihat tingkah laku mereka.
Apa pun kita rakyat Malaysia yang tua terutama warga mas atau pun kanak-kanak baik diam di rumah sahaja kerana kumpulan ini mudah menjadi sasaran jerebu yang mungkin membawa berbagai penyakit.
Catat Ulasan