Isnin, 25 Mac 2019

KAABAH AL MUSARAFAH ARAH TEMPAT KITA SOLAT





KAABAH AL MUSARAFAH ARAH TEMPAT KITA SOLAT

Kaabah al musarafah
Adalah arah kiblat tempat kita solat
Ali-ahli kitab mengetahui arahan ini dalam kitab sebelumnya
Tetapi orang yang zalim dan engkar mereka tidak mendapat petunjuk Allah
Apa pun kita janganlah bimbang dan takut lah kamu kepada Allah kerana Allah Sahibul Hak.

Mereka yang berkata
Adalah kaum Yahudi dan Nasrani
Orang musyrikin juga mengatakan kiblat Muhamad ikut kita
Orang kafir pula berkata tidak lama lagi Nabi Muhamad akan kembali ikut kita
Tetapi Allah memberi jaminan mengadap kiblat ayahanda kita ada satu nikmat dikurniakan.

Sesungguhnya Nabi
Seorang menerima kitab Al Quran
Adalah satu nikmat yang Allah SWT kurnia kan kepada kita
Jikalau sesiapa terus kekal di atas jalan yang benar mereka mendapat pahala
Merekalah yang menzahirkan benar-benar beriman dan orang membantah itu menzalimi.

Oleh Pena  Utara,
Catatan jam 6.50  pagi
Tarikh Isnin  11hb Mac 2019.

Tiada ulasan: