Jumaat, 29 Mac 2019

KERANA NAFSU SERAKAH TINGGAL IKHTIAR?





KERANA NAFSU SARAKAH TINGGAL IKHTIAR?

Bencana Allah S.W.T itu
Satu musibah yang tidak dapat kita lari
Kerana kita telah tinggalkan ikhtiar terlebih dahulu
Mungkin kita lalai dibuai kenikmatan dan kebahagian alam sekitar
Bila ada sedikit petanda keburukan kita sekadar buat tidak kisah lepas tangan.?

Kini bila berlaku sesuatu
Kemudaratan dan kesusahan penduduk
Akibat cuai dari asyik dari kebocoran sisa-sisa Toksid
Kita mulai rasa resah dan  gelisah bila rakyat jelata mempertikai
Ternyata ada kelemahan kepincangan pentrakbiran sebuah negeri dikuasainya?

Masih juga kita melayani
Ke ingin hawa nafsu serakah di hati ini
Rakyat jelata bergelut dengan hidup atau pun mati
Kita pula  pergi keluar negara mempromosi tahun melawat Johor
Di mana tanggung jawab sebagai seorang yang diamanahkan MB negeri Johor?

Oleh Qalam Mutiara
Catatan jam 6.50 pagi hari.
Tarikh  Ahad 17Mac 2019.

Tiada ulasan: