Jumaat, 15 Mac 2019

KIBLAT KAMU IALAH KAABAH?




KIBLAT KAMU IALAH KAABAH?

Nabi mengarah
Peralihan mengadap kaabah
Amat berat bagi orang-orang beriman
Untuk menukarkan dari baitul Mungadis ke baitullah
Sebenarnya bukanlah solat kamu itu mengadap timur atau barat
Sesungguhnya Allah S.W.T amat mengetahui hati iman seorang itu dalam beribadat.

Nabi menjalankan
Apa sahaja yang diperintahan
Kepada umat manusia sebagai saksinya
Adakah nabi-nabi yang diutuskan menyampai kan wasiat
Sebenarnya mereka akan menjawab amalan mereka nabi mengajar
Kami ikut taat dan patuh menghadap kan wajah ke arah kaabah al musarrafah itu.

Apa sahaja ujian
Adalah satu pengajaran Nya
Untuk Allah menguji kekuatan iman kita
Kerana sesuatu yang bisa amat sukar untuk menukarnya
Apa pun bagi orang yang beriman mereka tetap taat dan jatuhnya
Kecuali mereka yang keimanannya nipis masih ragu-ragu dan membimbangkan?

Oleh Pena  Utara,
Catatan jam 6.50 petang
Tarikh Isnin 4hb Mac 2019.

Tiada ulasan: