Selasa, 5 Mac 2019

BERPEGANG TEGUHLAH KITA KEPADANYA





BERPEGANG TEGUH LAH KITA KEPADANYA

Nabi Yaakub telah berpesan
Kepada anak-anaknya menyembah Allah
Bukan menyembah yang lain daripada Allah S.W.T
Berpegang teguh dengan tali Allah S.W.T dan cintakan Islam
Semoga generasi  baru  hidup sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Setiap kehidupan kita ini
Mereka itu nabi Ibrahim dan umat berlalu
Bagi umat tersebut mengikut apa mereka amalkan
Kerana sama ada kamu baik  atau buruk yang kamu lakukan
Sesungguhnya itulah balasan yang kamu akan terima daripada  Allah S.W.T

Apa yang dibawa Nabi Muhamad
Itulah mesti menjadi warisan kepada kita
Melakukan kerja dan amalan yang baik untuk kebajikan
Setiap solat kita ibadat kita , hidup kita mati kita kerana Allah Taala
mattalamat hidup dan mati kita semua kerana menerima ketetapan Allah S.W.T.

Oleh Pena  Utara,
Catatan jam 6.50 petang
Tarikh Isnin 18hb Fenbruary 2019.

Tiada ulasan: