Isnin, 24 Oktober 2016

AKU MUFLIS KENEKMATAN KINI






 AKU MUFLIS KENEKMATAN KINI

Cuma kini barulah aku sedar
Cukup amat terasa bagaikan muflis
Dari segala rasa kemudahan kenekmatan
Kini  telah hilang segala kurniaan yang Allah berikan .

Dahulu di belakang rumahku
Ada kebun terbiar  segalanya percuma
Buahan, sayuran dan ulaman semuanya ada
Ianya tumbuh meliar di belakang rumah pesaka ayah.

Kini segala-galanya tiada lagi
Buah jambu, sebatang serai , pucuk ubi
Semuanya terpaksa beli jika teringin makan
Jika tinggal di flat apa yang kita boleh bercucuk tanam.

Cukup terasa rezeki kemuflisan
Segala apa nekmat yang aku rasa dahulu
Ternyata deni hari tiada lagi dapat aku perolehi
Kerana kehidupan di Bandar semuanya terpaksa kena beli.

Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 6.10 pagi
Hari Isnin tanggal 17 Oktober 2016.


Tiada ulasan: