Jumaat, 14 Oktober 2016

HANYA ORANG ALIM







HANYA ORANG ALIM

Orang alim
Mereka yang mendengar dan mentaati
Segala perintah Allah S.W.T ke atas diri mereka
Kerana mereka adalah orang–orang yang faham berilmu
Hanya orang-orang yang jahil dan yang lalai melupai segalanya.

Banyak ayat-ayat
Dalam al Quran ada cerita yang terang
Dan ada juga  cerita-cerita yang tersembunyi
Malah banyak cerita bidalan dan cerita kesamarannya
Contohnya : surah lembu , labah-labah , lebah dan cerita nyamuk.

Mengapa kita manusia
Tidak mahu membaca dan mengkajinya
Mengambil segala pengajaran dan menilaikanya
Agar kita selama ini tidak sesat dan lupa akan segalanya
Sebenarnya segala yang baharu di dunia ini akan jadi rosak binasa.

Oleh; Pena Runcing
Catatan jam 9 . 45 pagi
Rabu 5hb Oktober 2016 /1438 h 

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Hanya orang Alim sahaja mengenal apa itu kejahilan org yang jahil tidak pernah mengenali kiealiman.