Isnin, 24 Oktober 2016

KEJAHATAN INI BIASA ADA DI MANA-MANA






KEJAHATAN INI BIASA ADA DI MANA-MANA

Kejahatan ini
Bias ada di mana-mana
Malah lewat kebelakangan ini
Terlalu banyak keluar dari muluit busuk
Dengan niat dan nawaitu minda yang telah benak.

Maka tersebar
Cerita fitnah dan tohmah
Yang sengaja di reka-rekakan
Cuma ingin mencari pengaruh besar
Buat sebuah agenda merosakan minda semata.

Awas bangsaku!
Fitnah dan hasutan itu
lebih dahsat daripada membunuh musuh
Berapa banyak negara yang hancur dan musnah
Dengan kerja hasutan, fitnah  tohmah dan beradu domba?


Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 6.10 pagi
Hari  Rabu tanggal 19 Oktober 2016.

Tiada ulasan: