Rabu, 25 Mei 2016

SEORANG PENGUKIR TUA





SEORANG MENGUKIR TUA

Seorang mengukir tua
Telah menghabiskan masanya
Selama 22 tahun lebih
Mengukir wajah kemerdekaan
Demi negaranya yang amat tercinta.

Ramai khalayak memuji
Dari dalam dan luar Negara
Tentang kehebatannya
Mengukir wajah kemerdekaan
Cukup menakjub dan mengagumkan.

Setelah berhenti mengukir
Tetiba dia menjadi marah
Entah dari mana silapnya
Mahu dimusnahkan ukiran itu
Bersama seteru-seteru kemerdekaan.


Oleh: Nuri manja, PK.
Catatan jam 7.20 pagi
Selasa Tanggal 15hb Mac 2016.

Tiada ulasan: