Rabu, 25 Mei 2016

PAMANKU DAHULU SEKOLAH PONDOK






PAMANKU DAHULU SEKOLAH PONDOK


Pamanku dahulu sekolah pondok
Hidupnya ala kadar serba rengkas
Pakaian kain pelekat baju melayu
Makan apa sahaja yang ada
Ikan masim sayur kangkong
Di kutip di tepi parit tali air
Rebus dicicah dengan sos cili.
Kekadang berlaut ikan bilis
Telur rebus dengan kuah kicap.

Hidup mereka banyak condong
Ke arah ilmu keakhiratan sahaja
Akedemik sedikit berkurangan
Tetapi mereka tidak kisah
Kerana itu hajat dan janji mereka
Kepada keluarga dan ibu bapak
Susah senang hidup itu perjuangan
Perlu diteruskan untuk mereka
Sebagai takdir ketentuan Allah SWT.


Oleh:Pena Utara,
Catatan jam 1.20 tengahari
Rabu Tanggal 9hb Mac 2016.

2 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Aku masih ingat lagi pesan seorang Pak Haji Masdar namanya Peranakkan Banjar tinggal di masjid kedau dua

Katanya: kalau kamu belajar selagi kamu tidak mengajar jgn berhenti belajar ?

nurimanja49@gmail.com berkata...


Akhirnya aku pegang dengan kata2nya itu. Kini aku pun menjadi guru seperti Pak Haji Masdar.