Waktu
Pagi
Bila
aku buka jendela
Kebisingan
pun jelas berlaku
Orang
ramai sebuk dengan tugasan
Masing-masing
punya urusan tersendiri.
Ada
sahaja
Yang
berjalan kaki
Berbasikal
dan Bermotosikal
Ada
yang naik kereta Van sekolah
bus
kilang, lori kecil , besar dan jua trela.
Dari
jendela
Itulah
kesibukan
Di
taman-tanam perumahan
Dari
flat, kondom dan rumah teres
Semua
sebuk dengan urusan tersendiri.
Oleh:
Pena Utara,
Catatan
jam7.50 petang
Khamis
Tanggal 31hb Mach 2016
5 ulasan:
Kisah di waktu pagi, kehidupan penghuni di pinggir bandar agaknya?
Bila duduk di falat atau kondo buka jendela akan nampak suasana di pagi hari.kekalutan org ramai berduyun pergi kerja. Dahulu kemudian sama sahaja , bertugas mencari rezeki utk keluarga anak isteri mereka
Berbeza hidup di kampung atau desa , pagi hari buka jendela cuma dengar kicauan beburung dan pohon kelapa tua . hanya kedamaian yang kita rasa , pergerakkan hidup tidaklah sekalut di kota raya.
149.SELAMAT HARI GURU
Selamat hari guru
Guruku !
kau lampu penyuluh
Jalan kehidupan
Buatku selama ini
Mana mungkin
aku boleh melupai
akan segala jasa-jasamu?
Guruku!
Jasamu selama ini
satu pengorbanan
yang sukar aku lupakan
tegurmu hikmah
marahmu kesedaran
agar aku mengerti
lebih berpengetahuan.
Oleh: Nurimanja,
Catatan jam 5.55 pagi
Tanggal Isnin 16hb Mei 2016.
Puisi terlepas pandang pada hari guru yg lalu walaupun telah di catat
pada 16 Mei 2016 lalu.
Catat Ulasan