Jumaat, 27 Mei 2016

TIDAK PERLU JADI PENGIKUT SETIA






TIDAK PERLU JADI PENGIKUT SETIA

Mengapa kita biarkan minda dicelarukan
Oleh orang tertentu yang kita tahu mabuk kuasa
Cuba kita berfikir dengan hati terbuka dan jiwa yang tenang
Atau pun keluarkan diri daripada kelumpuk kita pro atau kontra
Dan fikir dengan semasak-masaknya di mana kita dan kenapa jadi pengikut?

Jika dulu kita boleh terima sebab kecewa
Bila jawatan tertinggi yang diidamkan tidak dapat
Di sebab kan kecewa maka seorang itu boleh buat kacau bilau
Dengan menghasut dan mengajak rerakannya merebut kekuasaan
Maka berlakulah ke tidak ketentuan dan wujud Kumpulan A dan kumpulan B?

Kini kita pun agak pelik dan menghairankan
Bila orang  tertentu yang buat kacau berkedudukan
Malah telah pun berkuasa di tempat kedudukan tertinggi
Mengapa mesti ada kebencian dan kecewa lagi setelah bersara
Sesekali kita fikir kebodohan pada kita yang setia menjadi pengikut mereka ?


Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 7.25 pagi
Tanggal Khamis 19hb Mei 2016.

4 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

APA SUDAH JADI DENGAN BANGSA KITA KERANA HARTA KARUN DAN PENYAKIT MABUK KUASA ?

Pernahkah anda terfikir setelah tenat dicelarukan minda oleh kumpulan tertentu untuk membantu hasrat dan cita-cita mereka demi untuk merebut kuasa dan harta karun yang tidak ternilai banyaknya di bumi kita yang tercinta ini? Maka macam cerita boleh terjadi.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ingat dulu kerja nak singkir PM . zaman Pak Lah dia sentiasa beralah mungkin ekonomi kurang mengacam atau pentakbiran kurang terserlah . Maka dia sedia terima takdir kerana ditimpa musibah Hilang ibu dan isteri hingga kepada Jawatan sebagai PM.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Hari ini walaupun dalam kelempanan ekonomi gelobal . PM kita masih mampu mengharumkan nama Malaysia di pesada dunia . Tetapi masih ada juga lagi kuasa yang semacam sengaja utk menyikirkannya dari Jawatan PM ? Sesekali kita pun hairan terutama rakyat jelata ? Terutma kisah tohmah dan fitnah yang kurang nyata keadaanya.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Untuk mencari kedamaian dan ketenangan bebaskan diri anda daripada menjadi pengikut setia kumpulan yang kita kira ternyata matlamat mereka adalah ingin merebut hareta karun dan mabuk kuasa .
Catatan Pensel Kontot