Ahad, 24 Julai 2016

DUNIA TIDAK INDAH LAGI





 DUNIA TIDAK INDAH LAGI

Bila kita masuk ke dalam masjid
Buangkan segala yang remeh-temeh
Kerana di waktu itu dunia tidak indah lagi.

Apa yang perlu kita semua ingat
Adalah kematian dan pembalasannya
Dan  aruah-aruah ibu bapak kita telah pergi
Bersama aruah adik beradik dan sahabat handai.

Segala pakaian elok wangian badan
Bagaikan tidak bererti lagi di dunia ini.
Jika kita sudah terbujur kaku menjadi manyat
Segala  amalan kebajikan solat 5 waktu di tinggalkan.

Bila kamu ke masjid ingatlah mati
Nescaya rasa ketakwaan menjelma di hati
Rasa keindahan dunia juga tidak bernilai lagi
Hanya zuhud dan ketakwaan pasrah kita kepadaNya.

Oleh : Nuri Manja
Catatan jam 3.0 petang.
Hari Sabtu 9hb Julai, 2016.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Dunia tidak endah lagi, begitulah bagi seorang yang khusuk bila mengerjakan solat terutama bila masuk ke dalam masjid. Untuk menjadikan solat lebih tenang kita kena buang semua yang berkaitan dengan dunia sekejap dan beri tumpuan kpd solat terlebih dahulu . Amin