Isnin, 18 Julai 2016

BILA USIA KITA DI HUJUNG SENJA






BILA USIA KITA DI HUJUNG SENJA

Apabila usia kita berada di hujung senja
Berbagai angkara penyakit kita terima
Pertama sekali soal kesihatan  anggota
Gigi, Mata, telinga , otak kita terganggu
Gigi kita boleh diganti dengan gigi paslu
mata kita boleh di pakaikan cermin mata
telinga kita pun ada tambah pendengaran
otak kita yang paling susah untuk diubati
kerana ingatan kita ini selalu terganggu
selalu menjadi lupa tak ingat dan nyanyok
Masa itu ramai memanggil kita orang tua
Di sini ada keinsafan dan kesedaran hati
Kita sudah tua bersedialah untuk kembali
Sebaiknya jangan asyik  dengan dunia ini
Kerana perjalanan kita ini hamper tamat
Bersedialah dengan bekalan ibadat kita
Untuk perjalanan kita di negeri akhirat


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.30 pagi
Tanggal Jumaat 24hb Jun 2016

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Perlulah banyak rasa keinsafan yang berlebihan , jangan lagi buat hal dan cari pasal di dunia yang pana ini ...