Rabu, 27 Julai 2016

MUSIBAH INI BERBAGAI







MUSIBAH INI BERBAGAI

Jikalau  diri kita ditempa musibah
Janganlah  mudah terus menyalahkan
Nasib takdir diri sendiri atau orang lain
Kerana musibah itu satu daripada ujian
Untuk Allah SWT ingin menilai iman kita.

Apa yang pentingh banyak astaghfar
Muhasabah kembali akan diri kita ini
Dimanakah  ada silap atau pun salahnya
Kerana setiap musibah ada hikmahnya
Hanya orang beriman sahaja yang tahu.

Musibah Allah itu takdir sebenarnya
Mengapa kita mesti mengeloh dan sedih
Melihat ada orang yang susah dan senang
Sebenarnya hidup ini adalah warna maya
Yang menjadikan alam maya ini serba serbi

Oleh : Nuri Manja
Catatan jam  .10  pagi
Hari Selasa  12hb Julai, 2016.


Tiada ulasan: